Perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza,ada yang best,dan ada juga yang tak best.Kadang-kadang perjalanan itulah yang membentuk diri kita.Jangan jadikan alasan perjalanan hidup yang di lalui itu sebagai alasan,tetapi carilah cara bagaimana cara untuk atasi dan mengubahnya ke arah kebaikan.Aku
juga berusaha dan masih lagi berusaha untuk menjadi lebih baik daripada
sebelumnnya.Usah risau apa kata orang,aku je tahu apa yang aku buat dan aku
punya matlamat.Kalau dengar semua kata orang tu memang tak akan pernah berhenti
bercakap.Aku hanya memberi peringatan kepada diriku sendiri supaya lebih sedar
dan bangun dari mimpi yang indah kerana yang perlu aku hadap adalah realiti dan
bukanlah fantasi.
Monday, 21 December 2015
Epilog
Assalamualaikum..
Epilog ialah peristiwa terakhir yang menyelesaikan peristiwa
induk.Biasanya orang mengharapkan permulaan yang baik dan juga pengakhiran yang
baik.Tetapi tak semuanya yang bernasib baik dalam membolehkan pengakhirannya baik.Aku mengharapkan pengakhiran aku
baik,bahagia,indah seperti orang lain.Tetapi jika aku ditakdirkan pengakhiran
cerita aku adalah buruk, aku terima jika ia adalah yang terbaik buatku.Aku
yakin bahawa ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.
Selangkah kaki aku masuk ke pintu utama Ukm, aku telah
menanamkan hasrat dan niat untuk menyambung dalam bidang perakaunan tetapi
sepanjang perjalanan, aku tergelincir dan alpa menyebabkan sukar untuk aku
menyambung dalam bidang tersebut.Memang terasa sangat sedih,perit kerana impian
yang sudah aku tanam,kini aku terpaksa menguburkan hasrat dan cita-cita aku.Aku
masih berharap peluang dan ruang untuk membaikinya walaupun itu adalah hanya
angan-angan.Tapi sekiranya rezeki itu masih lagi berpihak kepada aku,aku tidak
akan sia-siakannya.Insyaallah.
Monday, 14 December 2015
Demo taekwando
Assalamualaikum..
Hari ni aku nak cerita pasal demo taekwando bagi subjek
citra asas taekwando.Hari ini juga adalah hari last aku bagi subjek citra.Sedih
tu terasa kerana aku dah mula suka taekwando ni. Masuk kelas ni aku dah lupa
penat kelas yng full dari pagi sampai petang.Memang lupa habis la so sesapa
yang nak hilangkan stress ke nak lupakan hal akademik buat sementara waktu
bolehlah join taekwando.Hahaha…promote..
Ini adalah group untuk demo taekwando aku.Diaorang banyak
tolong aku,ajar aku dan yang paling penting banyak bersabar dengan aku yang
agak lambat pick up untuk belajar teknik-teknik dan skill untuk demo.Kalau
bukan disebabkan kena buat demo untuk present aku tidak akan kenal dengan
diaorang.Walaupun satu kelas,aku tak pernah tahu atau perasan pun diaorang satu
set kelas dengan aku..hahaha..Aku memang teruk…
Ini pula adalah sebagai bukti bahawasanya aku dapat pecahkan
plank hanya dengan satu cubaan sahaja.Bangga dan terharu gila sebab tak sangka
dapat pecahkan papan.
Seterusnya,sesi bergambar dimulakan setelah tamat
presentation demo dan konklusi ringkas beserta ucapan akhir oleh master kami.
Thank you master,Thank you senior..
Sekian.terima kasih.
Sunday, 13 December 2015
Prolog
Assalamualaikum..
Prolog adalah permulaan bagi sesuatu cerita,drama,kisah.Prolog
yang biasa aku jumpa adalah di novel-novel yang berfungsi untuk menyampaikan serta
memberi gambaran secara jelas tentang sesuatu cerita atau kisahnya.
Tidak dinafikan realitinya prolog wujud dalam hidup aku,dan
kita semua.Prolog menceritakan permulaan kisah hidup aku bagaimana aku
memulakan kehidupan aku sebagai seorang pelajar di universiti.Adakah aku mampu
untuk hidup dan menyesuaikan diri dalam kehidupan yang lebih mencabar iaitu di
alam universiti?Adakah aku masih di takuk yang lama??Adakah aku mampu untuk
berjaya seperti orang lain?
Nantikan kisah aku selanjutnya sama ada aku mampu atau tidak
untuk mencapai perkara di atas.Adakah pengakhiran kisah hidup aku berakhir
dengan ‘happy ending’ atau sebaliknya??
Sekian,terima kasih.
Sunday, 6 December 2015
MyTeksi
Assalamualaikum pembaca blog sekalianJ..
Korang pernah dengar tak tentang applikasi ‘MyTeksi’?Korang
ada tak app ni??Kalau tiada,silalah download kt Google Play atau ITunes..Nanti
senang kalau korang nak pergi mana-mana..Contoh kalau kereta rosak nak gi kerja,then
takde orang boleh hantar, jadi masa nilah korang akan memerlukan MyTeksi
ni.Kalau saudara mara,nenek,mak,ayah nak gi sesuatu tempat tapi tiada siapa
yang boleh hantar,korang bolehlah booking MyTeksi ni kepada keluarga korang.Korang
boleh booking MyTeksi ni sambil makan pun boleh(nak bagitahunya apps ni simple
sangat-sangat).
1st sekali pastinya korang kena download apps
ni..Selepas dah siap download tu korang buka aplikasi tu,paparan yang akan
keluar nanti adalah seperti di bawah.
Aplikasi ni akan mengesan di mana lokasi kita berada pada
masa itu secara automatic sebaik saja aplikasi tersebut dibuka.Jika lokasi yang
dipaparkan adalah tidak tepat,korang hanya perlu tap dan edit kepada lokasi
yang tepat.Anda juga dapat melihat berapa banyak teksi yang berdekatan dengan
tempat anda yang menggunakkan aplikasi MyTeksi.
Kemudian,korang perlu pilih destinasi korang dengan tap
sahaja di bahagian destinasi dan tekan search lokasi yang ingn dituju.Korang
juga boleh melihat anggaran jumlah tambang yang perlu dibayar untuk perjalanan
korang nanti.
Korang juga perlu meletakkan landmark atau alamat rumah di
bahagian nota sebagai nota tambahan kepada pemandu teksi untuk mencari
anda.Kemudian,korang tekan Book Now,dan tunggu sahaja teksi dating kepada
korang.Jika berlaku kesilapan, korang boleh membatalkan tempahan dalam masa
yang ditetapkan.
Selepas korang dah tekan book now aplikasi ni akan cari
pemandu,dan tunggulah dalam ramai-ramai pemandu ni siapa yang akan ambil job
ni.
Nanti akan tertera nama pemandu,no plat,anggaran masa yang diambil oleh
pemandu teksi untuk sampai kat tempat yang korang tunggu.So,tunggu apa lagi jom join MyTeksi sesimple ABC.
Sekian,terima kasih.
Nak Elak Diabetes
Assalamualaikum..
Tema tajuk aku kali ini agak payahlah kerana aku kena pilih tajuk
berdasarkan huruf pangkal nama aku sendiri.Tetapi akhirnya aku dapat gak
tajuknya iaitu ‘Nak Elak Diabetes’.Aku selalu dengar,tengok drama pasal kaki kena potong akibat daripada
penyakit diabetes ini.Seram ,ngilu dan
semua rasa ada..tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat itu.
Penyakit diabetes ini adalah penyakit yang boleh
dikategorikan dengan keadaan hiperglisemia(tinggi kandungan glukosa dalam
darah)terutamanya selepas pengambilan makanan.Diabetes ini boleh dibahagikan
kepada dua iaitu diabetes jenis pertama dengan diabetes jenis kedua.Diabetes
jenis pertama adalah disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh
kelenjar pankreas.Pesakit insulin jenis pertama perlu mendapatkan suntikan
insulin dari luar untuk mengawal tahap glukosa dalam badan.Manakala diabetes
jenis kedua pula adalah disebabkan oleh kerintangan insulin(penurunan
sensitiviti tisu badan terhadap insulin @penghasilan insulin yang rendah oleh badan).Diabetes
jenis kedua pula boleh dikawal secara pemantauan pengambilan
makanan,pengurangan berat badan,bersenam,dan pengambilan ubat.
Teringat zaman sekolah dulu cikgu aku pesan supaya elakkan minum air manis bagi
mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti diabetes dan mengamalkan minum air
putih yang banyak barulah sihat .Disebabkan terlalu takut kaki kena potong dan
nak elakkan diabetes aku amalkan minum air putih saja dan cuba mengelakkan dari
minum air manis..Sampaikan adik aku mintak tolong buatkan air, aku aplikasikan
amalan ini dengan mengurangkan manis..Lepastu sumpah adik aku dah serik suruh
aku buatkan air untuk dia sampailah sekarang…hahaha..sampai nagis-nagis dia nak
mak aku buatkan..tak boleh blah langsung..Kalau gi kedai makan atau restoran
pun aku pasti akan order air swam je..Yelah serik la wei order air horlicks
kurang manis,tapi bagi macam letak satu tin susu pekat manis.Ayuhlah kita
bersama-sama amalkan gaya hidup yang
sihat demi mengurangkan peratusan menghidapi peyakit.
P/s:Kurangkan manis dalam makanan@minuman,banyakkan manis
dalam senyuman.
Cuti
Assalamualaikum..
Aku nak cerita pasal masa aku balik cuti midsem hari
tu..Pagi itu masa aku balik rumah tok aku tegur aku cakap aku makin
kurus.Bangga sekejap..Dia tanya aku tak makan ke?Takde duit nak makan ke?Makan
apa je dekat sane..Geli hati dengar..Sebab akulah orang yang selalu tak lekang
dengan makanan.Makan je memanjang.
Dah sampai rumah,mestilah aku makan makin banyak,habis aku
tibai.Mak aku masak sedap sangat.Takde siapa pun boleh lawan masakan mak aku..Kurus
aku sekejap saja tak boleh tahan lama langsung.
Selepas habis cuti midsem tu,,aku balik ukm.Kawan aku tegur
aku makin gemuk.Stress sangat rasa masa itu.(tak stress langsung pun
sebenarnya).Aku cuba ingat balik amalan pemakanan aku yang tidak sihat
tu.ishkishkshk..Tersentap kejap.Then,back to normal.
Sekian,terima kasih.
Sunday, 29 November 2015
interview part 2
Sambungan part 1…….
Sampai je kat depan pejabat tu dupdapdupdap tu tak terkata
la macam nak luruh jantung je rasa.Cepat-cepat aku bukak pintu dan masuk terus
pergi kat kaunter.Dekat bahagian kaunter tu selesaikan apa yang patut dengan
dokumen aku,then dia bagi aku pelekat yang ada nombor.Lepastu akak tu panggil
nombor aku tuk terus masuk dahla baru sampai..pelekat pun tak pakai lagi..masa
tu rasa nak nangis je sebab nervous sangat.Aku cuba nak bukak pelekat tu tapi
tak boleh.Macamana nak bukak pelekat tu kalau tangan dah terketar-ketar macam
sakit parkinson je.Nasib ada Hana.Dialah yang tolong aku bukak kan pelekat
tu.Masa itulah kitaorang start kenal.
Aku dipanggil oleh akak yang tugasnya
memanggil yang menyuruh aku cepat untuk masuk
interview.Masa aku jejakkan kaki ke dalam bilik interview tu,aku dapat rasakan
suhu badan aku mencatat bacaan negatif.Badan dah sejuk gila sebab nervous ditambah
lagi dengan suhu aircond.Fuuh rasa macam ada kat korea.Menyempat lagi feeling
kat sana.Hahaha….Mula-mula rasa jugaklah awkward masa tengah interview tu,lama
sikit da okey.Tapi tak dinafikan rasa nak nangis tu.Yelah kawan-kawan yang
lain,orang yang interview tu Tanya solan then jawab settle la kan.Tapi bila aku jawab soalan yang ditanya
tu,macam-macam soalan yang mendatang.Jawapan pun main redah je padanlah kenapa
interviewer tanya lebih kat
aku..sobsobsob..Tapi ada jugak soalan yang dia tanya aku jawab maaf saya tak
tahu.
Keluar je dari bilik tu perasaan aku dengan yakinnya cakap aku tak
dapat ukm pastu cerita dekat ibu.Wajiblah lepas tu menadah telinga kena ceramah
sebab tak yakin,berfikiran negatif,part ini ‘mulut ini nak kena cubit
ke?kata-kata tu doa.cuba cakap dapat,dapat,dapat..Insyaallah dapat.Lepastu aku
ulang 50 kali...hihihi..Then,keluar result interview ukm tu aku terus cek.Tak sangka
gila aku dapat sana.hahaha..Berterima kasih gila kat ibu aku sebab bagi ceramah
haritu..hahaahha…
Sekian,terima kasih.
$
Assalamualaikum..
Tajuk kali ini best gak sebab pasal duit..nampak tak kat situ betapa materialistiknya
aku..haahahaha..tapi betul aku cakap duit tu penting even nak makan pun pakai
duit..kalau takda duit nanti nak makan apa?,,…Cuba kita fikir balik, tengok
keadaan sekarang..Contohnya dalam kehidupan rumahtangga sekarang segala-galanya
duit..Nak bayar bil utiliti,bil astro, internet , topup,yuran sekolah
anak-anak,barang-barang keperluan,tol,minyak dan lain-lain lag.Kalau yang anak
ramai tu cane????Lagilah banyak yang nak kena pakai duit tu.Contoh situasi lain
pulak,korang boleh tengok kalau yang baru nak kahwin tu..1st soalan
yang keluarga mertua akan tanya ialah kerja apa,gaji berapa…yelah mak bapak
mana yang nak kasi anak kahwin dengan orang yang tak kerja, nanti camana nak
sara isteri,nak bagi makan apa..Selain itu,kekangan wang jugak menjadi punca
kenapa sesorang itu boleh terjebak dalam gejala masalah sosial.Memang tidak
dapat dinafikan lagi wang itu penting.
Sebenarnya aku nak share atau lebih kepada nasihat
(terutamanya kepada penaip blog ni)tentang bagaimana cara nak uruskan kewangan
dengan baik atau cara untuk menyimpan wang.
Pertama sekali,korang kena listkan dulu bayaran tetap every
month seperti bil utility,internet bulanan,topup,bil astro dan
lain-lain.Tentukan anggaran nilai bayaran fix yang kita kena pakai untuk buat
bayaran.
Kedua,korang perlu tetapkan simpanan yang korang nak buat
setiap bulan.Korang boleh tentukan dalam bentuk peratus seperti 10% daripada
gaji dikhaskan untuk membuat simpanan.Contoh gaji bulanan adalah RM1000,maka
simpanan kita perlulah 10% x RM1000=RM100.Pelajar ipt yang mendapat biasiswa
atau pinjaman juga boleh pakai cara ini.Jika pinjaman yang korang dapat tu
lingkungan RM3000 setiap semester,simpanan haruslah menjadi RM300 setiap
sem.Nanti lepas graduate korang still tak dapat kerja atau dah dapat kerja tapi
duit gaji tak dapat lagi kerana baru memulakan karier ,duit simpanan ini lah
yang boleh tolong korang untuk survive nanti.Duit raya yang korang dapat tu
bolehlah di applykan jugak dengan menggunakan kaedah ini.
Ketiga,sediakan tabung syiling yang mana ianya adalah
sangat-sangat penting.Kebiasaanya kalau aku
mendapat balance duit syiling,aku letak duit macam-macam tempat.Nanti
nak ambik tak taw dah kat mana.hahahaha..Satu lagi perkara aku tak suka ialah
purse aku berat.Terutamanya berat dengan duit syiling.Sebab tu la pentingnya aku
cakap ada tabung syiling.Setiap kali tabung tu dah penuh bawak la jumpa bank untuk disimpan.Berbaloi gila.
p/s:Jangan jadi buta kerana duit,jangan menghambakan diri
kerana duit,halal itu pentig.:)
Sunday, 22 November 2015
Emosi
Apa itu emosi?Emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks
yang mempunyai interaksi antara subjektif dan objektif di mana sistem neural
dan hormonal menjadi pengantarnya.Subjektif selalunya dipengaruhi oleh
kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar manakala objektif ialah fakta
atau situasi yang mempengaruhi sesuatu keputusan.
Setiap individu mempunyai emosi asas yang biasa kita
lalui.Contohnya ialah perasaan gembira,simpati,malu,sedih,marah,takut,binggung
dan lain-lain lagi.Emosi gembira ini
ialah perasaan seronok yang timbul disebabkan sesuatu perkara.Alangkah
indahnya kalau hari-hari yang kita lalui itu adalah emosi gembira
saja.Tapi,kalau tiada emosi lain dan emosi yang ada hanyalah emosi gembira tak
syok jugak.Hari-hari asyik emosi sama saja nanti bosan pulak.Emosi marah pula
ialah emosi yang hadir bersama perasaan yang lain kerana
tertekan,kecewa,malu.Emosi sedih ini wujud apabila seseorang itu berhadapan
dengan situasi menyedihkan,mengecewakan atau menyakitkan.
Setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai situasi
yang berbeza dan juga mengalami pelbagai emosi yang berbeza.Kita perlulah bijak
mengendalikan emosi kita dan meluahkan emosi kita melalui saluran yang betul
supaya dapat memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Interview part 1
Kali ini aku nak cerita pasal kronologi masa interview kat Ukm ni dan macamana aku boleh jumpa kawan ...Masa samapai sana,orang 1st sekali aku kenal ialah Raihanah..kitaorang jumpa masa interview nak masuk ukm..cerita dia cam nie,,masa 1st sampai kt foyer fep tu aku pergi daftar ikut kos semua,diaorang suruh aku isi borang dan boleh ke bilik temuduga dekat bahagian atas..tapi aku degil duk lepak dekat foyer...suka hati je duk fikir ayat dekat situ...hahaha...pastu duk layan lepak sana sampai lupa nak gi gerak atas tuk interview...masa tu dah pukul 10.30 pagi dah kot, interview aku adalah pada masa itu...perasaan memang tak yah cakap la...cuak gila..iyelah takut terlepas aku punyer interview..jauh datang sesorang ke ukm nak gi interview...sebab sebelum datang nak gi interview ni,aku da study sikit-sikit pasal interview ni..pastu banyak yang aku bace interviewer ni dia garang,masa tu kena disiplin(tepat masa)..fikir pasal tu bertambahlah cuak aku..iyela syok sangat lepak kat bawah..nak gi bilik interview tu aku naik lif.nantikan sambungannya di next entry...
Saturday, 14 November 2015
Kata-kata
Assalamualaikum..
Hari ni aku nak kupas sikit pasal mulut..kerana mulut badan binasa..kerana mulut juga ikatan persahabatan boleh rosak..kerana mulut ikatan kekeluargaan boleh terputus.kerana mulut........macam-macam lagi..Itulah sebelum cakap apa-apa fikir dulu sebelum ambil sebarang tindakan nanti menyesal kemudiannya.Kalau rasa nak marah ke apa tarik la nafas dalam-dalam,diam buat seketika untuk redakan kemarahan yang wujud tu.Cara lain jugak korang ikut sunnah yang menyuruh kita supaya mengambil wudhuk,jika masih marah duduk.Jika masih rasa nak marah lagi baring la.then tidur...kikiki....Tapi itulah kena pandai mengawal amarah kerana biasanya dalam keadaan marah emosi kita tak stabil,seterusnya membuat keputusan terburu-buru tanpa dapat berfikir secara rasional.
So,kawal la amarah tu agar perkara yang negatif tak datang menyusul anda..(anda brani??)
Sekian saja coretan gua yang ayat hancur tapi percayalah ianya pesanan ikhlas aku buat semua..:)
Sunday, 8 November 2015
Barakah
Assalamualaikum..
Barakah??Apa itu sebenarnya maksud ‘barakah’??Barakah adalah
keberkatan dari segi bahasa.Manakala dari segi syarak pula adalah sesuatu
kebajikan Allah yang diletakkan pada suatu,yang melibatkan
nabi-nabi,wali-wali,orang soleh,orang yang mati syahid dan sebagainya.Dalam
setiap apa tindakan yang kita lakukan akan mendapat barakah jika kita
meletakkan Allah sebagai priority kita.Antara cara paling simple untuk mendapat
barakah adalah dengan membaca doa sebelum dan selepas makan,membaca doa sebelum
memakai pakaian agar pakaian yang dipakai memberi kebaikan.Hidup dengan penuh
barakah akan membuatkan hidup lebih tenang dan aman.Cuba renungkan balik apa
yang anda telah lakukan untuk mendapat barakahNya sama ada hidup penuh
barakah,kurang barakah atau tiada barakah??Cuba refleksi balik diri sendiri di
manakah tahap kita sekarang.Marilah kita bersama-sama berusaha mencari barakah
Allah agar hidup lebih mendapat keberkatan.Sentiasalah berusaha mencari barakah
Allah walau dimana-mana pun tahap kita berada.
Sekian,terima kasih.
Nafsu
Assalamualaikum..
Definisi nafsu ialah keinginan yang keras,kehendak hati yang
kuat,kemahuan yang kuat dan dorongan hati.Kali aku nak kongsi pasal nafsu makan
dan cara nak kawal nafsu makan yang terlebih-lebih ni.Tujuan aku membuat entry
berkaitan nafsu makan adalah sebagai peringatan kepada aku sebenarnya kerana aku
adalah seorang yang kuat makan.Ini adalah bagi mengelakkan aku daripada
mengalami terlebihnya kolestrol,obesiti dan badan yang tidak sihat. Nanti rosak
diet aku.Hahaha….(Biarpun diet aku sememangnya hancur dek kerana sikap aku yang
tak berdisiplin).
Antara cara bagi mengurangi nafsu makan ialah:
1)Mengatur portion makan
1)Mengatur portion makan
Makluk yang macam aku suka ambil makan banyak
haruslah mengurangkan portion makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi masih lagi
mematuhi piramid makanan dan mengikut nisbah yang telah diberi
panduan.Contohnya,kalau makan nasi perlulah mengikut sistem pinggan agar anda
tidak akan terlebih mengambil karbohidrat ,lemak dan minyak serta tidak
terkurang mengambil protein.
2)
Makan dengan perlahan-lahan beserta to’makninnah
Islam juga menyarankan kita makan dengan perlahan-lahan dengan mengunyah
makanan 40 kali bagi setiap suapan. Ini kerana perut kita memerlukan masa lebih
kurang dalam 30 minit bagi memastikan proses percernaan itu lengkap dengan
sepenuhnya kemudiaan receptors di perut akan hantar isyarat ke otak sama ada
kita kenyang atau masih lagi lapar.Jika makan dengan kadar yang
cepat,kemungkinan kita akan terlebih makan dan ini akan menukarkan makanan yang
kita makan itu kepada lemak.
3)
Sentiasa amalkan minum air kosong
Dengan mengamalkan minum air kosong pun dapatkan kurangkan berat
badan!!Kenapa minum air kosong dapat turunkan berat badan??Menurut kajian
university of Washington, amalan minum air kosong dapat membuatkan kita berasa
lebih kenyang dan dapat menurunkan selera makan(nafsumakan) kepada beberapa
tahap.
4)
Sentiasa amalkan minum air kosong
Contohnya jika anda makan sepinggan nasi tapi masih lagi berasa
lapar,minum dulu segelas air kosong dan tunggu beberapa minit untuk menentukan
sama ada anda berasa lapar atau haus.Ini kerana selepas kita makan kepekatan
darah akan meningkat disebabkan oleh kehadiran glukosa dan asid amino dan ianya
perlu dicairkan dengan minum air kosong.
Sekian..
Saturday, 31 October 2015
MAKANAN
Assalamualaikum..
Minggu ini aku dapat tajuk blog pasal makanan.Entry kali ini aku ingin menceritakan kriteria makanan yang menjadi pilihan kegemaran aku dan mendapat tempat di hatiku.Kriteria aku simple je dan tak sukar pun.Actually,aku tak suka,tak minat,tidak gemar makanan selain makanan melayu.Kira macam aku ini anak melayu jati la sebab aku tidak boleh ngam dengan makanan bukan melayu ni.Kalau tak makan nasi satu hari ibarat macam tak lengkap la hari aku dan perut akan jadi tidak selesa.Hahaha..Macam-macam ragam aku.
KRITERIA 1:LAUKNYA MESTILAH TIDAK MEMBANJIRI NASI
Lauk tersebut mestilah tidak membanjiri nasi aku.Biasanya makanan yang mempunyai lauk aku akan asingkan antara lauk dengan nasi supaya selera makan aku tidak terganggu dek kerana lauk yang membanjiri makanan.Kalau terganggu sudah tentu dan pastinya makanan aku terbuang begitu sahaja.Bagi mengelakkan makanan itu dibazirkan,makanan tersebut mestilah diasingkan daripada kuah dan mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana.'Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan'.
GAMBAR 1:NASI PUTIH,IKAN KELI,SAYUR
KRITERIA 2:TIDAK BERMINYAK
Makanan tersebut mestilah tidak berminyak kerana makanan yang berminyak sangatlah berbahaya dan tidak elok untuk badan.Antara masalah yang akan dihadapi apabila kita selalu mengamalkan makan makanan yang tidak sihat ialah:
i)heartburn
ii)Gastroenteritis
iii)ulser
iv)gangguan percernaan
Itu sahaja kriteria makanan yang harus memenuhi syarat untuk menjadi makanan kegemaran aku.Simple bukan.??Di kesempatan ini juga aku ingin memberi nasihat supaya korang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang supaya dapat mengelakkan daripada sebarang penyakit.
Amalkanlah pemakanan seimbang mengikut sistem pinggan ini
'An apple a day keep the doctor away'
Sekian,terima kasih.
Minggu ini aku dapat tajuk blog pasal makanan.Entry kali ini aku ingin menceritakan kriteria makanan yang menjadi pilihan kegemaran aku dan mendapat tempat di hatiku.Kriteria aku simple je dan tak sukar pun.Actually,aku tak suka,tak minat,tidak gemar makanan selain makanan melayu.Kira macam aku ini anak melayu jati la sebab aku tidak boleh ngam dengan makanan bukan melayu ni.Kalau tak makan nasi satu hari ibarat macam tak lengkap la hari aku dan perut akan jadi tidak selesa.Hahaha..Macam-macam ragam aku.
KRITERIA 1:LAUKNYA MESTILAH TIDAK MEMBANJIRI NASI
Lauk tersebut mestilah tidak membanjiri nasi aku.Biasanya makanan yang mempunyai lauk aku akan asingkan antara lauk dengan nasi supaya selera makan aku tidak terganggu dek kerana lauk yang membanjiri makanan.Kalau terganggu sudah tentu dan pastinya makanan aku terbuang begitu sahaja.Bagi mengelakkan makanan itu dibazirkan,makanan tersebut mestilah diasingkan daripada kuah dan mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana.'Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan'.
GAMBAR 1:NASI PUTIH,IKAN KELI,SAYUR
KRITERIA 2:TIDAK BERMINYAK
Makanan tersebut mestilah tidak berminyak kerana makanan yang berminyak sangatlah berbahaya dan tidak elok untuk badan.Antara masalah yang akan dihadapi apabila kita selalu mengamalkan makan makanan yang tidak sihat ialah:
i)heartburn
ii)Gastroenteritis
iii)ulser
iv)gangguan percernaan
Itu sahaja kriteria makanan yang harus memenuhi syarat untuk menjadi makanan kegemaran aku.Simple bukan.??Di kesempatan ini juga aku ingin memberi nasihat supaya korang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang supaya dapat mengelakkan daripada sebarang penyakit.
Amalkanlah pemakanan seimbang mengikut sistem pinggan ini
'An apple a day keep the doctor away'
Sekian,terima kasih.
Peluang
Assalamualaikum..
Peluang??Apa yang di maksudkan dengan peluang??Peluang ialah kesempatan yang ada diambil dengan segera bagi memperoleh sesuatu faedah atau kejayaan.Kesempatan yang ada hanya datang pada waktu tertentu sahaja.Biasanya,peluang datang pada waktu samar-samar dan tidak pasti dimana ia datang pada masa yang memerlukan kita membuat keputusan dengan cepat.Seseorang yang cepat bertindak akan memperoleh peluang itu berbanding orang yang melengah-lengahkan peluang yang ada, akan terlepas untuk mendapatkan peluang itu.
Peluang hanya datang sekali sahaja hargailah peluang yang ada dengan bertindak cepat.Jadi ambillah peluang yang ada agar tidak terlepas dengan begitu sahaja.Peluang juga mestilah seiring dengan usaha agar memperoleh apa yang diingini.Tanpa usaha mungkin peluang yang ada akan menjadi sia-sia sahaja.
Sekian..;)
Monday, 26 October 2015
CITA-CITA
Assalamualaikum..
Kali ini
aku ingin kongsi kronologi cita-cita aku masa kecil-kecil dahulu sehinggalah
sekarang.Kenapa aku cakap kronologi?Sebab aku seorang yang tamak kerana kalau
boleh semua job aku nak sapu.hihiihi:)
Masa
sekolah rendah aku bercita-cita ingin menjadi seorang doktor kerana dulu semasa
kecil aku suka main ‘stethoscope’,jarum yang nak cucuk manusia.Barang mainan
aku pun kebanyakan ala-ala doktor .Aku juga suka tengok doktor cucuk- cucuk
orang sampai nangis.Mungkin sebab itulah cita-cita aku masa itu nak jadi
doktor.
Seterusnya,cita-
cita aku masa form 1 sampai form 3 aku berangan -angan samapi ke bintang nak
jadi angkasawan macam Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Syukor Al Masrie bin Sheikh
Mustapha.Seronoknya perasaan kalau dapat pergi ke angkasa lepas dan dapat pakai
baju kosmonaut.Masa itu memang minat gila sampai setiap kali pergi perpustakaan
benda yang pertama yang aku cari adalah jurnal Datuk Dr.Muszaphar dan buku
pasal astronout ni.
Masa aku di
tingkatan 4,cita-cita nak jadi ahli astronomi telah terkubur begitu sahaja
kerana minat aku telah beralih arah.Cita-cita akuseterusnya semasa form 4
sehingga form 5 aku bercita-cita ingin menjadi seorang jururawat.Jururawat yang
incharge orang tua.Masa itu berkobar-kobar nak jadi jururawat.Aku pun lupa
kenapa,bagaimana dan macam mana minat aku ke arah itu.Aku pun tak tahu.Aku pun
belajar betul-betul sebab nak jadi jururawat kan.
Selepas
habis peperiksaan spm aku pula telah tertukar minat.Aku minat nak jadi ahli
farmasi.Konon-konon nak jadi bahagian farmaseutikal la.Masa isi borang upu tu
bukan main lagi isi kebanyakannya farmasi.Last-last tak dapat dapat asasi sains
hayat.
Sebelum nak
sambung belajar lepas spm minat aku pula gedik nak main tukar-tukar.So,aku
pergi matrik dan tukar ambik kos akaun.Dan seterusnya sehinggalah
sekarang.Nantikan kerjaya aku yang akan datang;)
thanks..
SESAL
Assalamualaikum..
Sesal??Apa
itu sesal?Sesal ialah insaf dengan sesuatu perkara atau insaf dengan
seseorang.Tidak dapat dinafikan dan tidak dapat disangkal lagi semua orang
pernah merasa sesal.Sesal itu tidak salah,.yang salahnya ialah kita sama ada
menganggap sesal itu dari sudut pandangan mana sama ada dari sudut pandanan
positif atau sudut pandangan negatif.Kalau kita menganngap sesal itu dari sudut
pandangan positif,maka menjadi positiflah.Dan begitu juga dengan sebaliknya
jika kita menganngapnya dari sudut pandangan negatif,maka menjadi negatiflah
dia.Sebenarnya ianya bergantung kepada seseorang atau cara seseorang itu
mengatasi dan menganggapnya sebagai suatu perkara yang positif atau negatif.
Contohnya
apabila seseorang itu tidak bersedia menghadapi sesuatu ujian atau sesuatu
peperiksaan,ini akan menyebabkan,mendorong sesorang untuk gagal dalam sesutu
ujian yang dihadapi dan kemudiaanya menyesal dengan tindakannya sebelum ini
kerana tidak membuat nota,tidak fokus di dalam kelas dan membuang masa dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah Seseorang yang menganggap sesal dari sudut
positif akan berubah dengan mula membuat nota,fokus di dalam kelas dan mengisi
masa yang ada dengan perkara yang berfaedah untuk tidak lagi mendapat gagal
dalam peperiksaan dan menganggapnya sebagai satu iktibar dan pengajaran agar
tidak melakukan perkara seperti sebelum ini.Manakala seseorang yang
menganggapnya dari sudut negatif akan mula berputus asa dan menganggap walau
usaha macam manapun hasilnya tetap sama iaitu gagal.
Kesimpulannya,kita
perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari tindakan masa lepas supaya dapat
menjadi orang yang lebih matang dalam membuat sesuatu perkara atau keputusan.
Sunday, 18 October 2015
Nervous
Assalamualaikum..
Nervous adalah perkara normal bagi setiap orang apabila menghadapi musim peperiksaan.
Termasuk juga aku.Nervous orang lain aku faham la yang normal sebab diaorang study.Tapi nervous aku ni lain sebab aku tak buat persiapan apa pun lagi untuk exam nanti dan masih dengan alam fantasi lagi.(ada kaitan ea??).
Sekarang ni baru tengah kalut fikir macamana nak jawab exam nanti,macamana nak cover semua subjek dalam masa terdekat.Masa yang bergerak dengan pantas tanpa menoleh kebelakang walaupun sesaat menyebabkan aku makin rungsing dan nervous.
Aku kena sedar cepat dan move on ASAP kerana exam semakin hampir dan masa mencemburui aku untuk still berangan lagi.Banyak benda lagi yang aku tak study dan aku perlu cover balik kesemua subjek.Macam susah tapi itulah siapa yang suruh buat cenggitu.Terimalah sendiri padahnya.
Minggu bertukar hari,hari bertukar jam,jam bertukar minit,minit bertukar saat.Itulah masa,bergerak dengan pantas tanpa menunggu kita yang sedang dalam kealpaan ini.Kita yang perlu mengejarnya dan menghargai setiap detik yang ada dengan perkara yang berfaedah dan tidak melalaikan.
Selamat maju jaya semua:)
Saturday, 17 October 2015
Beban
Assalamualaikum..
Beban ialah sesuatu perkara yang membuatkan seseorang itu rasa susah.Beban itu tidak akan wujud apabila seseorang itu menganggapnya sebagai suatu ujian dan ikhlas menerima seadanya
.
Sebagai contohnya apabila seseorang itu menganggap belajar itu adalah satu bebanan maka jadi bebanlah ia.Sebaliknya,jika seseorang itu menganggap belajar itu mudah maka mudahlah ia.
Sebenarnya sesuatu perkara itu menjadi bebanan ataupun tidak adalah bergantung kepada kita.Kita yang menentukannya bukan orang lain.
So,ikhlaskanlah diri dalam menerima tugasan,tanggungjawab dan memberi komitmen yang sewajarnya supaya sesuatu perkara itu menjadi mudah,senang dan tidaklah menjadi suatu bebanan kepada kita.
Sekian,terima kasih.
Sunday, 11 October 2015
10.10
Assalamualaikum..
10.10 diistiharkan hari sukan negara oleh perdana menteri kita iaitu Dato Seri Najib bin Tun Razak.Tujuan atau objektif hari sukan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat di samping mengurangkan kadar obesiti yang tinggi di Malaysia.
Bersempena hari sukan negara,setiap negeri di malaysia menganjurkan sukan dan pelbagai aktiviti yang menyihatkan bagi menjayakan objektif hari sukan negara.
Di sekolah mahupun Ipt turut juga mejayakan misi ini bagi mengurangkan peratusan kadar obesiti serta bagi melahirkan masyarakat yang sihat.Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah zumba,larian,bola sepak dan lain-lain lagi.
Semoga objektif dapat dicapai.Majulah sukan untuk negara.:)
Random act of kindness
Assalamualaikum..
Kali ini saya terpanggil untuk bercerita tentang kebaikan yang dilakukan secara rawak.Kebaikan rawak ni sikap tidak mementingkan diri sendiri yang di lakukan oleh seseorang untuk menyenangkan, meringankan beban dan mengembirakan orang lain.
Contoh mudah untuk buat kebaikan rawak ni adalah:
1) buang benda yang menghalang untuk kenderaan lalu jalan tersebut.kalau tetiba korang tengah drive then ternampak buah durian kat tengah jalan,cantik je duduk,korang janganlah just elakkan daripada lalu jalan tersebut tapi park la kereta kat tepi dan ambik durian letak kat tepi.Dengan mengalihkan durian kat tengah jalan tu korang dapat selamatkan nyawa orang lain such as ambulans otw ke hospital yang bawa pesakit yang kritikal, kalau lambat sampai menyebabkan tidak boleh diselamatkan.Sebab tu lah kebaikan rawak ni kecil bagi kita tapi besar bagi orang lain.
2)contoh makan di kedai makan or restoran.selepas makan letak lah pinggan kat tempat yang disediakan atau sepatutnya.Kalau dah terang lagikan bersuluh kat depan mata,apasalahnya tolong ringankan beban pekerja disana.
Kebaikan rambang ni boleh buat kat mana-mana je.Tak kira tempat dan masa.Lagipun sekarang ni zaman teknologi,semua di hujung jari je nak buat random act of kindness.Kita saja yang menentukan sama ada nak ataupun tidak.
Sunday, 4 October 2015
PORT DICKSON
Assalamualaikum..
Siapa TAK pernah pergi ke Port Dickson?Angkat kening sikit..hahahaha..Kita geng.
Aku pun baru 1st time ke Port Dickson.Sebelum ni aku hanya sekadar melintasi dan melalui signboard yang menunjukkan arah PD saja.Itu pun yang semalam punya program family day permata a.k.a persatuan mahasiswa/mahasiswi anak terengganu yang buat program itu.Aku join program ni konon-konon nak release tension la sebab assignment bertingkat-tingkat.Ayat yang typical.Satu lagi sebab aku join program tu sebenarnya sebab aku tak pernah pergi sana.kikiki..Sedih betul..
Banyak aktiviti yang kami lakukan kat sana.Antara aktivitinya ialah belon air,kutip gula-gula dalam tepung,berjalan atas tempurung dan lain-lain lagi.Tak lupa jugak aktiviti menaiki banana boat pusing satu pulau tu..Naik banana boat tu adalah 1st time dan insyaallah last time untuk aku.Lepas ini tak nak naik dah.Orang tak kental macam aku ni memang macamnie.Manja je lebih.
Sebelum aku naik banana boat itu,perasaan excited tak boleh digambarkan.Aku nak tahu kenapa orang suka jerit-jerit bila naik banana boat tu.
Lepas aku dah naik baru aku rasa kenapa dan mengapa diorang suka jerit-jerit..Pengalaman aku semalam di campakkan ke dalam laut hanya dengan satu pusingan u adalah pengalaman yang paling dasyat.Dahlah tak excellent berenang.Kau rasa aku tenggelam tak semalam??Mestilah tak sebab aku still lagi menaip.Nasib baik jaket keselamatan masih lagi dapat berfungsi dengan baik.
Banana boat tu aktiviti air yang best dan tak mencabar sangat sebenarnya.
Aku ja yang gedik lebih..campak tengah laut je pun..sobsob..Tapi best taw korang aktiviti ini.Sebab dari permainan ni korang akan dapat pengajaran.Contoh yang aku dapat daripada aktiviti ini adalah jangan terlalu panik.Kalau panik nanti takboleh buat apa-apa.Tenggelam jela nanti.Orang yang pandai lagi profesional berenang pun,kalau dah panik sangat tak kemananya.Sama je dengan orang yang tak pandai berenang kan.So,jangan panik ok.Begitu juga dengan kehidupan seharian kita.Dalam apa-apa masalah yang kita hadapi janganlah terlalu panik,nanti dia akan menganggu fikiran kita dan menyebabkan kita tak boleh fikir dengan waras lagi rasional.Itu hanyalah pesanan buat kita semua terutama aku ni..Aku pun tengah belajar untuk bersikap tenang dan tak mudah panik.insyaallah..sama-samalah berubah ke arah positif.aminn..
Ok la korang,setakat ini saja coretan aku kali ini.Aku nak siapkan assingment aku bertingkat-tingkat tu yang dah memanggil aku untuk menyiapkannya.Nantikan coretan aku di next entry ya.
p/s: Pastikan pakaian jaket keselamatan dipakai dengan betul dan kemas sebelum memulakan aktiviti.Travel seluruh malaysia dulu baru luar negara.
Sekian.
MENTOR
Assalamualaikum..
Mentor berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud rakan,kaunselor atau guru yang boleh dipercayai.Mentor biasanya terdiri daripada orang yang mempunyai pengalaman,berkemahiran dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Manakala,mantee pula dirujukkan kepada individu yang menerima pertolongan.
Contohnya,program mentor mantee yang biasanya di buat di peringkat sekolah.Biasanya orang yang lebih pandai dan berkebolehan akan dipilih untuk menjadi mentor untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan(mantee) lain dalam membantu mereka meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu subjek.Kebiasaannya pelajar lebih faham dan dapat memberi keselesaan kepada mereka apabila belajar dengan rakan.
Di universiti pula,mentor pula berperanan sebagai kaunselor untuk memberi nasihat,memberi semangat dan guide kepada kita dalam usaha untuk menjadikan kita seorang insan yang berjaya dalam kehidupan.
Sekian.
Sunday, 27 September 2015
TIKTOK
Teka-teki:Apa yang sentiasa maju,dan takkan undur?
Jawapan:MASA
Assalamualaikum..
Entry kali ini aku nak cakap pasal masa.Masa ialah aset yang bernilai bagi manusia.Dia akan memberikan keuntungan kepada kita jika kita pandai memanfaatkan masa,dan dia juga akan memberikan kerugiaan kepada kita jika kita loser dalam mmemanfaatkan masa.
Di kesempatan ini juga aku ingin memberikan nasihat kepada adik-adik yang ingin menduduki peperiksaan besar seperti pt3 dan spm supaya manfaatkan masa sehabis boleh.Pt3 tak sampai dua minggu pun lagi nak exam.Sempat lagi nak sedar dan usaha selagi mampu dan terdaya.Insyallah usaha yang sikit ini dapat membantu meningkatkan gred dalam peperiksaan.Kepada pelajar yang mengambil peperiksaan spm tahun ini tolonglah sedar.Spm hanya sekali sahaja seumur hidup.Ini juga menentukan masa depan anda.
Dengan usaha yang tekal lagi cekal dapat membuka peluang masa depan yang cerah serta dapat membanggakan kedua orang tua yang sememangnya banyak berjasa kepada kita.Jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang boleh menghalang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Selamat berjuang:)
OBSES
Assalamualaikum,
This is my first entry,
Since aku tak nak pusing2 dan buat korang pening kepala,
Aku just nak straight to the point sahaja harini :)
APA ITU OBSES?
Menurut pakcik google (mykamus hihi),obses itu adalah menggangu,sentiasa dalam fikiran,menggoda,mengharu,memusatkan perhatian.
Aku tak ada kamus dewan bahasa dan pustaka,so terpaksalah aku mintak tolong pakcik google tolong carikan di mykamus.(padahal penyakit MALAS...kikiki)
Pada pandangan aku ,obses ini adalah suatu penyakit yang mana ada ada kebaikan dan keburukannya.Kalau obses membawa kepada kebaikan takapalah,tapi yang menjadi masalah adalah bila obses ini membawa kepada perkara yang negatif,,??
Contohnya,obses yang membawa kepada kebaikan adalah apabila kita meminati cara kepimpinan dan peribadi seseorang yang positif.Ini akan mendorong kita menjadi seorang yang lebih berkaliber.Contoh obses yang membawa kepada perkara negatif adalah seseorang yang meminati artis K-pop.
Subscribe to:
Comments (Atom)



























