Assalamualaikum..
Minggu ini aku dapat tajuk blog pasal makanan.Entry kali ini aku ingin menceritakan kriteria makanan yang menjadi pilihan kegemaran aku dan mendapat tempat di hatiku.Kriteria aku simple je dan tak sukar pun.Actually,aku tak suka,tak minat,tidak gemar makanan selain makanan melayu.Kira macam aku ini anak melayu jati la sebab aku tidak boleh ngam dengan makanan bukan melayu ni.Kalau tak makan nasi satu hari ibarat macam tak lengkap la hari aku dan perut akan jadi tidak selesa.Hahaha..Macam-macam ragam aku.
KRITERIA 1:LAUKNYA MESTILAH TIDAK MEMBANJIRI NASI
Lauk tersebut mestilah tidak membanjiri nasi aku.Biasanya makanan yang mempunyai lauk aku akan asingkan antara lauk dengan nasi supaya selera makan aku tidak terganggu dek kerana lauk yang membanjiri makanan.Kalau terganggu sudah tentu dan pastinya makanan aku terbuang begitu sahaja.Bagi mengelakkan makanan itu dibazirkan,makanan tersebut mestilah diasingkan daripada kuah dan mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana.'Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan'.
GAMBAR 1:NASI PUTIH,IKAN KELI,SAYUR
KRITERIA 2:TIDAK BERMINYAK
Makanan tersebut mestilah tidak berminyak kerana makanan yang berminyak sangatlah berbahaya dan tidak elok untuk badan.Antara masalah yang akan dihadapi apabila kita selalu mengamalkan makan makanan yang tidak sihat ialah:
i)heartburn
ii)Gastroenteritis
iii)ulser
iv)gangguan percernaan
Itu sahaja kriteria makanan yang harus memenuhi syarat untuk menjadi makanan kegemaran aku.Simple bukan.??Di kesempatan ini juga aku ingin memberi nasihat supaya korang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang supaya dapat mengelakkan daripada sebarang penyakit.
Amalkanlah pemakanan seimbang mengikut sistem pinggan ini
'An apple a day keep the doctor away'
Sekian,terima kasih.



No comments:
Post a Comment