Assalamualaikum..
Sesal??Apa
itu sesal?Sesal ialah insaf dengan sesuatu perkara atau insaf dengan
seseorang.Tidak dapat dinafikan dan tidak dapat disangkal lagi semua orang
pernah merasa sesal.Sesal itu tidak salah,.yang salahnya ialah kita sama ada
menganggap sesal itu dari sudut pandangan mana sama ada dari sudut pandanan
positif atau sudut pandangan negatif.Kalau kita menganngap sesal itu dari sudut
pandangan positif,maka menjadi positiflah.Dan begitu juga dengan sebaliknya
jika kita menganngapnya dari sudut pandangan negatif,maka menjadi negatiflah
dia.Sebenarnya ianya bergantung kepada seseorang atau cara seseorang itu
mengatasi dan menganggapnya sebagai suatu perkara yang positif atau negatif.
Contohnya
apabila seseorang itu tidak bersedia menghadapi sesuatu ujian atau sesuatu
peperiksaan,ini akan menyebabkan,mendorong sesorang untuk gagal dalam sesutu
ujian yang dihadapi dan kemudiaanya menyesal dengan tindakannya sebelum ini
kerana tidak membuat nota,tidak fokus di dalam kelas dan membuang masa dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah Seseorang yang menganggap sesal dari sudut
positif akan berubah dengan mula membuat nota,fokus di dalam kelas dan mengisi
masa yang ada dengan perkara yang berfaedah untuk tidak lagi mendapat gagal
dalam peperiksaan dan menganggapnya sebagai satu iktibar dan pengajaran agar
tidak melakukan perkara seperti sebelum ini.Manakala seseorang yang
menganggapnya dari sudut negatif akan mula berputus asa dan menganggap walau
usaha macam manapun hasilnya tetap sama iaitu gagal.
Kesimpulannya,kita
perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari tindakan masa lepas supaya dapat
menjadi orang yang lebih matang dalam membuat sesuatu perkara atau keputusan.
No comments:
Post a Comment