Assalamualaikum..
Kali ini
aku ingin kongsi kronologi cita-cita aku masa kecil-kecil dahulu sehinggalah
sekarang.Kenapa aku cakap kronologi?Sebab aku seorang yang tamak kerana kalau
boleh semua job aku nak sapu.hihiihi:)
Masa
sekolah rendah aku bercita-cita ingin menjadi seorang doktor kerana dulu semasa
kecil aku suka main ‘stethoscope’,jarum yang nak cucuk manusia.Barang mainan
aku pun kebanyakan ala-ala doktor .Aku juga suka tengok doktor cucuk- cucuk
orang sampai nangis.Mungkin sebab itulah cita-cita aku masa itu nak jadi
doktor.
Seterusnya,cita-
cita aku masa form 1 sampai form 3 aku berangan -angan samapi ke bintang nak
jadi angkasawan macam Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Syukor Al Masrie bin Sheikh
Mustapha.Seronoknya perasaan kalau dapat pergi ke angkasa lepas dan dapat pakai
baju kosmonaut.Masa itu memang minat gila sampai setiap kali pergi perpustakaan
benda yang pertama yang aku cari adalah jurnal Datuk Dr.Muszaphar dan buku
pasal astronout ni.
Masa aku di
tingkatan 4,cita-cita nak jadi ahli astronomi telah terkubur begitu sahaja
kerana minat aku telah beralih arah.Cita-cita akuseterusnya semasa form 4
sehingga form 5 aku bercita-cita ingin menjadi seorang jururawat.Jururawat yang
incharge orang tua.Masa itu berkobar-kobar nak jadi jururawat.Aku pun lupa
kenapa,bagaimana dan macam mana minat aku ke arah itu.Aku pun tak tahu.Aku pun
belajar betul-betul sebab nak jadi jururawat kan.
Selepas
habis peperiksaan spm aku pula telah tertukar minat.Aku minat nak jadi ahli
farmasi.Konon-konon nak jadi bahagian farmaseutikal la.Masa isi borang upu tu
bukan main lagi isi kebanyakannya farmasi.Last-last tak dapat dapat asasi sains
hayat.
Sebelum nak
sambung belajar lepas spm minat aku pula gedik nak main tukar-tukar.So,aku
pergi matrik dan tukar ambik kos akaun.Dan seterusnya sehinggalah
sekarang.Nantikan kerjaya aku yang akan datang;)
thanks..
No comments:
Post a Comment