Sunday, 4 October 2015

PORT DICKSON




Assalamualaikum..

       Siapa TAK pernah pergi ke Port Dickson?Angkat kening sikit..hahahaha..Kita geng.
Aku pun baru 1st time ke Port Dickson.Sebelum ni aku hanya sekadar melintasi dan melalui signboard yang menunjukkan arah PD saja.Itu pun yang semalam punya program family day permata a.k.a persatuan mahasiswa/mahasiswi anak terengganu yang buat program itu.Aku join program ni konon-konon nak release tension la sebab assignment bertingkat-tingkat.Ayat yang typical.Satu lagi sebab aku join program tu sebenarnya sebab aku tak pernah pergi sana.kikiki..Sedih betul..


       Banyak aktiviti yang kami lakukan kat sana.Antara aktivitinya ialah belon air,kutip gula-gula dalam tepung,berjalan atas tempurung dan lain-lain lagi.Tak lupa jugak aktiviti menaiki banana boat pusing satu pulau tu..Naik banana boat tu adalah 1st time dan insyaallah last time untuk aku.Lepas ini tak nak naik dah.Orang tak kental macam aku ni memang macamnie.Manja je lebih.
Sebelum aku naik banana boat itu,perasaan excited tak boleh digambarkan.Aku nak tahu kenapa orang suka jerit-jerit bila naik banana boat tu.


       Lepas aku dah naik baru aku rasa kenapa dan mengapa diorang suka jerit-jerit..Pengalaman aku semalam di campakkan ke dalam laut hanya dengan satu pusingan u adalah pengalaman yang paling dasyat.Dahlah tak excellent berenang.Kau rasa aku tenggelam tak semalam??Mestilah tak sebab aku still lagi menaip.Nasib baik jaket keselamatan masih lagi dapat berfungsi dengan baik.
Banana boat tu aktiviti air yang best dan tak mencabar sangat sebenarnya.


       Aku ja yang gedik lebih..campak tengah laut je pun..sobsob..Tapi best taw korang aktiviti ini.Sebab dari permainan ni korang akan dapat pengajaran.Contoh yang aku dapat daripada aktiviti ini adalah jangan terlalu panik.Kalau panik nanti takboleh buat apa-apa.Tenggelam jela nanti.Orang yang pandai lagi profesional berenang pun,kalau dah panik sangat tak kemananya.Sama je dengan orang yang tak pandai berenang kan.So,jangan panik ok.Begitu juga dengan kehidupan seharian kita.Dalam apa-apa masalah yang kita hadapi janganlah terlalu panik,nanti dia akan menganggu fikiran kita dan menyebabkan kita tak boleh fikir dengan waras lagi rasional.Itu hanyalah pesanan buat kita semua terutama aku ni..Aku pun tengah belajar untuk bersikap tenang dan tak mudah panik.insyaallah..sama-samalah berubah ke arah positif.aminn..


       Ok la korang,setakat ini saja coretan aku kali ini.Aku nak siapkan assingment aku  bertingkat-tingkat tu yang dah memanggil aku untuk menyiapkannya.Nantikan coretan aku di next entry ya.


p/s: Pastikan pakaian jaket keselamatan  dipakai dengan betul dan kemas sebelum memulakan aktiviti.Travel seluruh malaysia dulu baru luar negara.


Sekian.



No comments:

Post a Comment