Assalamualaikum..
Mentor berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud rakan,kaunselor atau guru yang boleh dipercayai.Mentor biasanya terdiri daripada orang yang mempunyai pengalaman,berkemahiran dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Manakala,mantee pula dirujukkan kepada individu yang menerima pertolongan.
Contohnya,program mentor mantee yang biasanya di buat di peringkat sekolah.Biasanya orang yang lebih pandai dan berkebolehan akan dipilih untuk menjadi mentor untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan(mantee) lain dalam membantu mereka meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu subjek.Kebiasaannya pelajar lebih faham dan dapat memberi keselesaan kepada mereka apabila belajar dengan rakan.
Di universiti pula,mentor pula berperanan sebagai kaunselor untuk memberi nasihat,memberi semangat dan guide kepada kita dalam usaha untuk menjadikan kita seorang insan yang berjaya dalam kehidupan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment