Sunday, 8 November 2015

Nafsu

Assalamualaikum..

Definisi nafsu ialah keinginan yang keras,kehendak hati yang kuat,kemahuan yang kuat dan dorongan hati.Kali aku nak kongsi pasal nafsu makan dan cara nak kawal nafsu makan yang terlebih-lebih ni.Tujuan aku membuat entry berkaitan nafsu makan adalah sebagai peringatan kepada aku sebenarnya kerana aku adalah seorang yang kuat makan.Ini adalah bagi mengelakkan aku daripada mengalami terlebihnya kolestrol,obesiti dan badan yang tidak sihat. Nanti rosak diet aku.Hahaha….(Biarpun diet aku sememangnya hancur dek kerana sikap aku yang tak berdisiplin).
Antara cara bagi mengurangi nafsu makan ialah:

     1)Mengatur portion makan
      Makluk yang macam aku suka ambil makan banyak haruslah mengurangkan portion makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi masih lagi mematuhi piramid makanan dan mengikut nisbah yang telah diberi panduan.Contohnya,kalau makan nasi perlulah mengikut sistem pinggan agar anda tidak akan terlebih mengambil karbohidrat ,lemak dan minyak serta tidak terkurang mengambil protein.

2)      Makan dengan perlahan-lahan beserta to’makninnah
Islam juga menyarankan kita makan dengan perlahan-lahan dengan mengunyah makanan 40 kali bagi setiap suapan. Ini kerana perut kita memerlukan masa lebih kurang dalam 30 minit bagi memastikan proses percernaan itu lengkap dengan sepenuhnya kemudiaan receptors di perut akan hantar isyarat ke otak sama ada kita kenyang atau masih lagi lapar.Jika makan dengan kadar yang cepat,kemungkinan kita akan terlebih makan dan ini akan menukarkan makanan yang kita makan itu kepada lemak.

3)      Sentiasa amalkan minum air kosong
Dengan mengamalkan minum air kosong pun dapatkan kurangkan berat badan!!Kenapa minum air kosong dapat turunkan berat badan??Menurut kajian university of Washington, amalan minum air kosong dapat membuatkan kita berasa lebih kenyang dan dapat menurunkan selera makan(nafsumakan) kepada beberapa tahap.

4)      Sentiasa amalkan minum air kosong
Contohnya jika anda makan sepinggan nasi tapi masih lagi berasa lapar,minum dulu segelas air kosong dan tunggu beberapa minit untuk menentukan sama ada anda berasa lapar atau haus.Ini kerana selepas kita makan kepekatan darah akan meningkat disebabkan oleh kehadiran glukosa dan asid amino dan ianya perlu dicairkan dengan minum air kosong.



Sekian..




No comments:

Post a Comment