Assalamualaikum..
Barakah??Apa itu sebenarnya maksud ‘barakah’??Barakah adalah
keberkatan dari segi bahasa.Manakala dari segi syarak pula adalah sesuatu
kebajikan Allah yang diletakkan pada suatu,yang melibatkan
nabi-nabi,wali-wali,orang soleh,orang yang mati syahid dan sebagainya.Dalam
setiap apa tindakan yang kita lakukan akan mendapat barakah jika kita
meletakkan Allah sebagai priority kita.Antara cara paling simple untuk mendapat
barakah adalah dengan membaca doa sebelum dan selepas makan,membaca doa sebelum
memakai pakaian agar pakaian yang dipakai memberi kebaikan.Hidup dengan penuh
barakah akan membuatkan hidup lebih tenang dan aman.Cuba renungkan balik apa
yang anda telah lakukan untuk mendapat barakahNya sama ada hidup penuh
barakah,kurang barakah atau tiada barakah??Cuba refleksi balik diri sendiri di
manakah tahap kita sekarang.Marilah kita bersama-sama berusaha mencari barakah
Allah agar hidup lebih mendapat keberkatan.Sentiasalah berusaha mencari barakah
Allah walau dimana-mana pun tahap kita berada.
Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment