Apa itu emosi?Emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks
yang mempunyai interaksi antara subjektif dan objektif di mana sistem neural
dan hormonal menjadi pengantarnya.Subjektif selalunya dipengaruhi oleh
kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar manakala objektif ialah fakta
atau situasi yang mempengaruhi sesuatu keputusan.
Setiap individu mempunyai emosi asas yang biasa kita
lalui.Contohnya ialah perasaan gembira,simpati,malu,sedih,marah,takut,binggung
dan lain-lain lagi.Emosi gembira ini
ialah perasaan seronok yang timbul disebabkan sesuatu perkara.Alangkah
indahnya kalau hari-hari yang kita lalui itu adalah emosi gembira
saja.Tapi,kalau tiada emosi lain dan emosi yang ada hanyalah emosi gembira tak
syok jugak.Hari-hari asyik emosi sama saja nanti bosan pulak.Emosi marah pula
ialah emosi yang hadir bersama perasaan yang lain kerana
tertekan,kecewa,malu.Emosi sedih ini wujud apabila seseorang itu berhadapan
dengan situasi menyedihkan,mengecewakan atau menyakitkan.
Setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai situasi
yang berbeza dan juga mengalami pelbagai emosi yang berbeza.Kita perlulah bijak
mengendalikan emosi kita dan meluahkan emosi kita melalui saluran yang betul
supaya dapat memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.

No comments:
Post a Comment