Assalamualaikum..
Tajuk kali ini best gak sebab pasal duit..nampak tak kat situ betapa materialistiknya
aku..haahahaha..tapi betul aku cakap duit tu penting even nak makan pun pakai
duit..kalau takda duit nanti nak makan apa?,,…Cuba kita fikir balik, tengok
keadaan sekarang..Contohnya dalam kehidupan rumahtangga sekarang segala-galanya
duit..Nak bayar bil utiliti,bil astro, internet , topup,yuran sekolah
anak-anak,barang-barang keperluan,tol,minyak dan lain-lain lag.Kalau yang anak
ramai tu cane????Lagilah banyak yang nak kena pakai duit tu.Contoh situasi lain
pulak,korang boleh tengok kalau yang baru nak kahwin tu..1st soalan
yang keluarga mertua akan tanya ialah kerja apa,gaji berapa…yelah mak bapak
mana yang nak kasi anak kahwin dengan orang yang tak kerja, nanti camana nak
sara isteri,nak bagi makan apa..Selain itu,kekangan wang jugak menjadi punca
kenapa sesorang itu boleh terjebak dalam gejala masalah sosial.Memang tidak
dapat dinafikan lagi wang itu penting.
Sebenarnya aku nak share atau lebih kepada nasihat
(terutamanya kepada penaip blog ni)tentang bagaimana cara nak uruskan kewangan
dengan baik atau cara untuk menyimpan wang.
Pertama sekali,korang kena listkan dulu bayaran tetap every
month seperti bil utility,internet bulanan,topup,bil astro dan
lain-lain.Tentukan anggaran nilai bayaran fix yang kita kena pakai untuk buat
bayaran.
Kedua,korang perlu tetapkan simpanan yang korang nak buat
setiap bulan.Korang boleh tentukan dalam bentuk peratus seperti 10% daripada
gaji dikhaskan untuk membuat simpanan.Contoh gaji bulanan adalah RM1000,maka
simpanan kita perlulah 10% x RM1000=RM100.Pelajar ipt yang mendapat biasiswa
atau pinjaman juga boleh pakai cara ini.Jika pinjaman yang korang dapat tu
lingkungan RM3000 setiap semester,simpanan haruslah menjadi RM300 setiap
sem.Nanti lepas graduate korang still tak dapat kerja atau dah dapat kerja tapi
duit gaji tak dapat lagi kerana baru memulakan karier ,duit simpanan ini lah
yang boleh tolong korang untuk survive nanti.Duit raya yang korang dapat tu
bolehlah di applykan jugak dengan menggunakan kaedah ini.
Ketiga,sediakan tabung syiling yang mana ianya adalah
sangat-sangat penting.Kebiasaanya kalau aku
mendapat balance duit syiling,aku letak duit macam-macam tempat.Nanti
nak ambik tak taw dah kat mana.hahahaha..Satu lagi perkara aku tak suka ialah
purse aku berat.Terutamanya berat dengan duit syiling.Sebab tu la pentingnya aku
cakap ada tabung syiling.Setiap kali tabung tu dah penuh bawak la jumpa bank untuk disimpan.Berbaloi gila.
p/s:Jangan jadi buta kerana duit,jangan menghambakan diri
kerana duit,halal itu pentig.:)


No comments:
Post a Comment