Monday, 21 December 2015

Epilog

Assalamualaikum..

Epilog ialah peristiwa terakhir yang menyelesaikan peristiwa induk.Biasanya orang mengharapkan permulaan yang baik dan juga pengakhiran yang baik.Tetapi tak semuanya yang bernasib baik dalam membolehkan pengakhirannya  baik.Aku mengharapkan pengakhiran aku baik,bahagia,indah seperti orang lain.Tetapi jika aku ditakdirkan pengakhiran cerita aku adalah buruk, aku terima jika ia adalah yang terbaik buatku.Aku yakin bahawa ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.

Selangkah kaki aku masuk ke pintu utama Ukm, aku telah menanamkan hasrat dan niat untuk menyambung dalam bidang perakaunan tetapi sepanjang perjalanan, aku tergelincir dan alpa menyebabkan sukar untuk aku menyambung dalam bidang tersebut.Memang terasa sangat sedih,perit kerana impian yang sudah aku tanam,kini aku terpaksa menguburkan hasrat dan cita-cita aku.Aku masih berharap peluang dan ruang untuk membaikinya walaupun itu adalah hanya angan-angan.Tapi sekiranya rezeki itu masih lagi berpihak kepada aku,aku tidak akan sia-siakannya.Insyaallah.


Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment