Sunday, 6 December 2015

MyTeksi

Assalamualaikum pembaca blog sekalianJ..


Korang pernah dengar tak tentang applikasi ‘MyTeksi’?Korang ada tak app ni??Kalau tiada,silalah download kt Google Play atau ITunes..Nanti senang kalau korang nak pergi mana-mana..Contoh kalau kereta rosak nak gi kerja,then takde orang boleh hantar, jadi masa nilah korang akan memerlukan MyTeksi ni.Kalau saudara mara,nenek,mak,ayah nak gi sesuatu tempat tapi tiada siapa yang boleh hantar,korang bolehlah booking MyTeksi ni kepada keluarga korang.Korang boleh booking MyTeksi ni sambil makan pun boleh(nak bagitahunya apps ni simple sangat-sangat).
1st sekali pastinya korang kena download apps ni..Selepas dah siap download tu korang buka aplikasi tu,paparan yang akan keluar nanti adalah seperti di bawah.





Aplikasi ni akan mengesan di mana lokasi kita berada pada masa itu secara automatic sebaik saja aplikasi tersebut dibuka.Jika lokasi yang dipaparkan adalah tidak tepat,korang hanya perlu tap dan edit kepada lokasi yang tepat.Anda juga dapat melihat berapa banyak teksi yang berdekatan dengan tempat anda yang menggunakkan aplikasi MyTeksi.




Kemudian,korang perlu pilih destinasi korang dengan tap sahaja di bahagian destinasi dan tekan search lokasi yang ingn dituju.Korang juga boleh melihat anggaran jumlah tambang yang perlu dibayar untuk perjalanan korang nanti.




Korang juga perlu meletakkan landmark atau alamat rumah di bahagian nota sebagai nota tambahan kepada pemandu teksi untuk mencari anda.Kemudian,korang tekan Book Now,dan tunggu sahaja teksi dating kepada korang.Jika berlaku kesilapan, korang boleh membatalkan tempahan dalam masa yang ditetapkan.



Selepas korang dah tekan book now aplikasi ni akan cari pemandu,dan tunggulah dalam ramai-ramai pemandu ni siapa yang akan ambil job ni.


Nanti akan tertera nama pemandu,no plat,anggaran masa yang diambil oleh pemandu teksi untuk sampai kat tempat yang korang tunggu.So,tunggu apa lagi jom join MyTeksi sesimple ABC.

Sekian,terima kasih.


No comments:

Post a Comment