Assalamualaikum..
Tema tajuk aku kali ini agak payahlah kerana aku kena pilih tajuk
berdasarkan huruf pangkal nama aku sendiri.Tetapi akhirnya aku dapat gak
tajuknya iaitu ‘Nak Elak Diabetes’.Aku selalu dengar,tengok drama pasal kaki kena potong akibat daripada
penyakit diabetes ini.Seram ,ngilu dan
semua rasa ada..tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat itu.
Penyakit diabetes ini adalah penyakit yang boleh
dikategorikan dengan keadaan hiperglisemia(tinggi kandungan glukosa dalam
darah)terutamanya selepas pengambilan makanan.Diabetes ini boleh dibahagikan
kepada dua iaitu diabetes jenis pertama dengan diabetes jenis kedua.Diabetes
jenis pertama adalah disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh
kelenjar pankreas.Pesakit insulin jenis pertama perlu mendapatkan suntikan
insulin dari luar untuk mengawal tahap glukosa dalam badan.Manakala diabetes
jenis kedua pula adalah disebabkan oleh kerintangan insulin(penurunan
sensitiviti tisu badan terhadap insulin @penghasilan insulin yang rendah oleh badan).Diabetes
jenis kedua pula boleh dikawal secara pemantauan pengambilan
makanan,pengurangan berat badan,bersenam,dan pengambilan ubat.
Teringat zaman sekolah dulu cikgu aku pesan supaya elakkan minum air manis bagi
mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti diabetes dan mengamalkan minum air
putih yang banyak barulah sihat .Disebabkan terlalu takut kaki kena potong dan
nak elakkan diabetes aku amalkan minum air putih saja dan cuba mengelakkan dari
minum air manis..Sampaikan adik aku mintak tolong buatkan air, aku aplikasikan
amalan ini dengan mengurangkan manis..Lepastu sumpah adik aku dah serik suruh
aku buatkan air untuk dia sampailah sekarang…hahaha..sampai nagis-nagis dia nak
mak aku buatkan..tak boleh blah langsung..Kalau gi kedai makan atau restoran
pun aku pasti akan order air swam je..Yelah serik la wei order air horlicks
kurang manis,tapi bagi macam letak satu tin susu pekat manis.Ayuhlah kita
bersama-sama amalkan gaya hidup yang
sihat demi mengurangkan peratusan menghidapi peyakit.
P/s:Kurangkan manis dalam makanan@minuman,banyakkan manis
dalam senyuman.



No comments:
Post a Comment