Assalamualaikum..
Minggu ini aku dapat tajuk blog pasal makanan.Entry kali ini aku ingin menceritakan kriteria makanan yang menjadi pilihan kegemaran aku dan mendapat tempat di hatiku.Kriteria aku simple je dan tak sukar pun.Actually,aku tak suka,tak minat,tidak gemar makanan selain makanan melayu.Kira macam aku ini anak melayu jati la sebab aku tidak boleh ngam dengan makanan bukan melayu ni.Kalau tak makan nasi satu hari ibarat macam tak lengkap la hari aku dan perut akan jadi tidak selesa.Hahaha..Macam-macam ragam aku.
KRITERIA 1:LAUKNYA MESTILAH TIDAK MEMBANJIRI NASI
Lauk tersebut mestilah tidak membanjiri nasi aku.Biasanya makanan yang mempunyai lauk aku akan asingkan antara lauk dengan nasi supaya selera makan aku tidak terganggu dek kerana lauk yang membanjiri makanan.Kalau terganggu sudah tentu dan pastinya makanan aku terbuang begitu sahaja.Bagi mengelakkan makanan itu dibazirkan,makanan tersebut mestilah diasingkan daripada kuah dan mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana.'Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan'.
GAMBAR 1:NASI PUTIH,IKAN KELI,SAYUR
KRITERIA 2:TIDAK BERMINYAK
Makanan tersebut mestilah tidak berminyak kerana makanan yang berminyak sangatlah berbahaya dan tidak elok untuk badan.Antara masalah yang akan dihadapi apabila kita selalu mengamalkan makan makanan yang tidak sihat ialah:
i)heartburn
ii)Gastroenteritis
iii)ulser
iv)gangguan percernaan
Itu sahaja kriteria makanan yang harus memenuhi syarat untuk menjadi makanan kegemaran aku.Simple bukan.??Di kesempatan ini juga aku ingin memberi nasihat supaya korang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang supaya dapat mengelakkan daripada sebarang penyakit.
Amalkanlah pemakanan seimbang mengikut sistem pinggan ini
'An apple a day keep the doctor away'
Sekian,terima kasih.
Saturday, 31 October 2015
Peluang
Assalamualaikum..
Peluang??Apa yang di maksudkan dengan peluang??Peluang ialah kesempatan yang ada diambil dengan segera bagi memperoleh sesuatu faedah atau kejayaan.Kesempatan yang ada hanya datang pada waktu tertentu sahaja.Biasanya,peluang datang pada waktu samar-samar dan tidak pasti dimana ia datang pada masa yang memerlukan kita membuat keputusan dengan cepat.Seseorang yang cepat bertindak akan memperoleh peluang itu berbanding orang yang melengah-lengahkan peluang yang ada, akan terlepas untuk mendapatkan peluang itu.
Peluang hanya datang sekali sahaja hargailah peluang yang ada dengan bertindak cepat.Jadi ambillah peluang yang ada agar tidak terlepas dengan begitu sahaja.Peluang juga mestilah seiring dengan usaha agar memperoleh apa yang diingini.Tanpa usaha mungkin peluang yang ada akan menjadi sia-sia sahaja.
Sekian..;)
Monday, 26 October 2015
CITA-CITA
Assalamualaikum..
Kali ini
aku ingin kongsi kronologi cita-cita aku masa kecil-kecil dahulu sehinggalah
sekarang.Kenapa aku cakap kronologi?Sebab aku seorang yang tamak kerana kalau
boleh semua job aku nak sapu.hihiihi:)
Masa
sekolah rendah aku bercita-cita ingin menjadi seorang doktor kerana dulu semasa
kecil aku suka main ‘stethoscope’,jarum yang nak cucuk manusia.Barang mainan
aku pun kebanyakan ala-ala doktor .Aku juga suka tengok doktor cucuk- cucuk
orang sampai nangis.Mungkin sebab itulah cita-cita aku masa itu nak jadi
doktor.
Seterusnya,cita-
cita aku masa form 1 sampai form 3 aku berangan -angan samapi ke bintang nak
jadi angkasawan macam Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Syukor Al Masrie bin Sheikh
Mustapha.Seronoknya perasaan kalau dapat pergi ke angkasa lepas dan dapat pakai
baju kosmonaut.Masa itu memang minat gila sampai setiap kali pergi perpustakaan
benda yang pertama yang aku cari adalah jurnal Datuk Dr.Muszaphar dan buku
pasal astronout ni.
Masa aku di
tingkatan 4,cita-cita nak jadi ahli astronomi telah terkubur begitu sahaja
kerana minat aku telah beralih arah.Cita-cita akuseterusnya semasa form 4
sehingga form 5 aku bercita-cita ingin menjadi seorang jururawat.Jururawat yang
incharge orang tua.Masa itu berkobar-kobar nak jadi jururawat.Aku pun lupa
kenapa,bagaimana dan macam mana minat aku ke arah itu.Aku pun tak tahu.Aku pun
belajar betul-betul sebab nak jadi jururawat kan.
Selepas
habis peperiksaan spm aku pula telah tertukar minat.Aku minat nak jadi ahli
farmasi.Konon-konon nak jadi bahagian farmaseutikal la.Masa isi borang upu tu
bukan main lagi isi kebanyakannya farmasi.Last-last tak dapat dapat asasi sains
hayat.
Sebelum nak
sambung belajar lepas spm minat aku pula gedik nak main tukar-tukar.So,aku
pergi matrik dan tukar ambik kos akaun.Dan seterusnya sehinggalah
sekarang.Nantikan kerjaya aku yang akan datang;)
thanks..
SESAL
Assalamualaikum..
Sesal??Apa
itu sesal?Sesal ialah insaf dengan sesuatu perkara atau insaf dengan
seseorang.Tidak dapat dinafikan dan tidak dapat disangkal lagi semua orang
pernah merasa sesal.Sesal itu tidak salah,.yang salahnya ialah kita sama ada
menganggap sesal itu dari sudut pandangan mana sama ada dari sudut pandanan
positif atau sudut pandangan negatif.Kalau kita menganngap sesal itu dari sudut
pandangan positif,maka menjadi positiflah.Dan begitu juga dengan sebaliknya
jika kita menganngapnya dari sudut pandangan negatif,maka menjadi negatiflah
dia.Sebenarnya ianya bergantung kepada seseorang atau cara seseorang itu
mengatasi dan menganggapnya sebagai suatu perkara yang positif atau negatif.
Contohnya
apabila seseorang itu tidak bersedia menghadapi sesuatu ujian atau sesuatu
peperiksaan,ini akan menyebabkan,mendorong sesorang untuk gagal dalam sesutu
ujian yang dihadapi dan kemudiaanya menyesal dengan tindakannya sebelum ini
kerana tidak membuat nota,tidak fokus di dalam kelas dan membuang masa dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah Seseorang yang menganggap sesal dari sudut
positif akan berubah dengan mula membuat nota,fokus di dalam kelas dan mengisi
masa yang ada dengan perkara yang berfaedah untuk tidak lagi mendapat gagal
dalam peperiksaan dan menganggapnya sebagai satu iktibar dan pengajaran agar
tidak melakukan perkara seperti sebelum ini.Manakala seseorang yang
menganggapnya dari sudut negatif akan mula berputus asa dan menganggap walau
usaha macam manapun hasilnya tetap sama iaitu gagal.
Kesimpulannya,kita
perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari tindakan masa lepas supaya dapat
menjadi orang yang lebih matang dalam membuat sesuatu perkara atau keputusan.
Sunday, 18 October 2015
Nervous
Assalamualaikum..
Nervous adalah perkara normal bagi setiap orang apabila menghadapi musim peperiksaan.
Termasuk juga aku.Nervous orang lain aku faham la yang normal sebab diaorang study.Tapi nervous aku ni lain sebab aku tak buat persiapan apa pun lagi untuk exam nanti dan masih dengan alam fantasi lagi.(ada kaitan ea??).
Sekarang ni baru tengah kalut fikir macamana nak jawab exam nanti,macamana nak cover semua subjek dalam masa terdekat.Masa yang bergerak dengan pantas tanpa menoleh kebelakang walaupun sesaat menyebabkan aku makin rungsing dan nervous.
Aku kena sedar cepat dan move on ASAP kerana exam semakin hampir dan masa mencemburui aku untuk still berangan lagi.Banyak benda lagi yang aku tak study dan aku perlu cover balik kesemua subjek.Macam susah tapi itulah siapa yang suruh buat cenggitu.Terimalah sendiri padahnya.
Minggu bertukar hari,hari bertukar jam,jam bertukar minit,minit bertukar saat.Itulah masa,bergerak dengan pantas tanpa menunggu kita yang sedang dalam kealpaan ini.Kita yang perlu mengejarnya dan menghargai setiap detik yang ada dengan perkara yang berfaedah dan tidak melalaikan.
Selamat maju jaya semua:)
Saturday, 17 October 2015
Beban
Assalamualaikum..
Beban ialah sesuatu perkara yang membuatkan seseorang itu rasa susah.Beban itu tidak akan wujud apabila seseorang itu menganggapnya sebagai suatu ujian dan ikhlas menerima seadanya
.
Sebagai contohnya apabila seseorang itu menganggap belajar itu adalah satu bebanan maka jadi bebanlah ia.Sebaliknya,jika seseorang itu menganggap belajar itu mudah maka mudahlah ia.
Sebenarnya sesuatu perkara itu menjadi bebanan ataupun tidak adalah bergantung kepada kita.Kita yang menentukannya bukan orang lain.
So,ikhlaskanlah diri dalam menerima tugasan,tanggungjawab dan memberi komitmen yang sewajarnya supaya sesuatu perkara itu menjadi mudah,senang dan tidaklah menjadi suatu bebanan kepada kita.
Sekian,terima kasih.
Sunday, 11 October 2015
10.10
Assalamualaikum..
10.10 diistiharkan hari sukan negara oleh perdana menteri kita iaitu Dato Seri Najib bin Tun Razak.Tujuan atau objektif hari sukan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat di samping mengurangkan kadar obesiti yang tinggi di Malaysia.
Bersempena hari sukan negara,setiap negeri di malaysia menganjurkan sukan dan pelbagai aktiviti yang menyihatkan bagi menjayakan objektif hari sukan negara.
Di sekolah mahupun Ipt turut juga mejayakan misi ini bagi mengurangkan peratusan kadar obesiti serta bagi melahirkan masyarakat yang sihat.Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah zumba,larian,bola sepak dan lain-lain lagi.
Semoga objektif dapat dicapai.Majulah sukan untuk negara.:)
Random act of kindness
Assalamualaikum..
Kali ini saya terpanggil untuk bercerita tentang kebaikan yang dilakukan secara rawak.Kebaikan rawak ni sikap tidak mementingkan diri sendiri yang di lakukan oleh seseorang untuk menyenangkan, meringankan beban dan mengembirakan orang lain.
Contoh mudah untuk buat kebaikan rawak ni adalah:
1) buang benda yang menghalang untuk kenderaan lalu jalan tersebut.kalau tetiba korang tengah drive then ternampak buah durian kat tengah jalan,cantik je duduk,korang janganlah just elakkan daripada lalu jalan tersebut tapi park la kereta kat tepi dan ambik durian letak kat tepi.Dengan mengalihkan durian kat tengah jalan tu korang dapat selamatkan nyawa orang lain such as ambulans otw ke hospital yang bawa pesakit yang kritikal, kalau lambat sampai menyebabkan tidak boleh diselamatkan.Sebab tu lah kebaikan rawak ni kecil bagi kita tapi besar bagi orang lain.
2)contoh makan di kedai makan or restoran.selepas makan letak lah pinggan kat tempat yang disediakan atau sepatutnya.Kalau dah terang lagikan bersuluh kat depan mata,apasalahnya tolong ringankan beban pekerja disana.
Kebaikan rambang ni boleh buat kat mana-mana je.Tak kira tempat dan masa.Lagipun sekarang ni zaman teknologi,semua di hujung jari je nak buat random act of kindness.Kita saja yang menentukan sama ada nak ataupun tidak.
Sunday, 4 October 2015
PORT DICKSON
Assalamualaikum..
Siapa TAK pernah pergi ke Port Dickson?Angkat kening sikit..hahahaha..Kita geng.
Aku pun baru 1st time ke Port Dickson.Sebelum ni aku hanya sekadar melintasi dan melalui signboard yang menunjukkan arah PD saja.Itu pun yang semalam punya program family day permata a.k.a persatuan mahasiswa/mahasiswi anak terengganu yang buat program itu.Aku join program ni konon-konon nak release tension la sebab assignment bertingkat-tingkat.Ayat yang typical.Satu lagi sebab aku join program tu sebenarnya sebab aku tak pernah pergi sana.kikiki..Sedih betul..
Banyak aktiviti yang kami lakukan kat sana.Antara aktivitinya ialah belon air,kutip gula-gula dalam tepung,berjalan atas tempurung dan lain-lain lagi.Tak lupa jugak aktiviti menaiki banana boat pusing satu pulau tu..Naik banana boat tu adalah 1st time dan insyaallah last time untuk aku.Lepas ini tak nak naik dah.Orang tak kental macam aku ni memang macamnie.Manja je lebih.
Sebelum aku naik banana boat itu,perasaan excited tak boleh digambarkan.Aku nak tahu kenapa orang suka jerit-jerit bila naik banana boat tu.
Lepas aku dah naik baru aku rasa kenapa dan mengapa diorang suka jerit-jerit..Pengalaman aku semalam di campakkan ke dalam laut hanya dengan satu pusingan u adalah pengalaman yang paling dasyat.Dahlah tak excellent berenang.Kau rasa aku tenggelam tak semalam??Mestilah tak sebab aku still lagi menaip.Nasib baik jaket keselamatan masih lagi dapat berfungsi dengan baik.
Banana boat tu aktiviti air yang best dan tak mencabar sangat sebenarnya.
Aku ja yang gedik lebih..campak tengah laut je pun..sobsob..Tapi best taw korang aktiviti ini.Sebab dari permainan ni korang akan dapat pengajaran.Contoh yang aku dapat daripada aktiviti ini adalah jangan terlalu panik.Kalau panik nanti takboleh buat apa-apa.Tenggelam jela nanti.Orang yang pandai lagi profesional berenang pun,kalau dah panik sangat tak kemananya.Sama je dengan orang yang tak pandai berenang kan.So,jangan panik ok.Begitu juga dengan kehidupan seharian kita.Dalam apa-apa masalah yang kita hadapi janganlah terlalu panik,nanti dia akan menganggu fikiran kita dan menyebabkan kita tak boleh fikir dengan waras lagi rasional.Itu hanyalah pesanan buat kita semua terutama aku ni..Aku pun tengah belajar untuk bersikap tenang dan tak mudah panik.insyaallah..sama-samalah berubah ke arah positif.aminn..
Ok la korang,setakat ini saja coretan aku kali ini.Aku nak siapkan assingment aku bertingkat-tingkat tu yang dah memanggil aku untuk menyiapkannya.Nantikan coretan aku di next entry ya.
p/s: Pastikan pakaian jaket keselamatan dipakai dengan betul dan kemas sebelum memulakan aktiviti.Travel seluruh malaysia dulu baru luar negara.
Sekian.
MENTOR
Assalamualaikum..
Mentor berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud rakan,kaunselor atau guru yang boleh dipercayai.Mentor biasanya terdiri daripada orang yang mempunyai pengalaman,berkemahiran dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Manakala,mantee pula dirujukkan kepada individu yang menerima pertolongan.
Contohnya,program mentor mantee yang biasanya di buat di peringkat sekolah.Biasanya orang yang lebih pandai dan berkebolehan akan dipilih untuk menjadi mentor untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan(mantee) lain dalam membantu mereka meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu subjek.Kebiasaannya pelajar lebih faham dan dapat memberi keselesaan kepada mereka apabila belajar dengan rakan.
Di universiti pula,mentor pula berperanan sebagai kaunselor untuk memberi nasihat,memberi semangat dan guide kepada kita dalam usaha untuk menjadikan kita seorang insan yang berjaya dalam kehidupan.
Sekian.
Subscribe to:
Comments (Atom)





