Sunday, 29 November 2015

interview part 2

Sambungan part 1…….




Sampai je kat depan pejabat tu dupdapdupdap tu tak terkata la macam nak luruh jantung je rasa.Cepat-cepat aku bukak pintu dan masuk terus pergi kat kaunter.Dekat bahagian kaunter tu selesaikan apa yang patut dengan dokumen aku,then dia bagi aku pelekat yang ada nombor.Lepastu akak tu panggil nombor aku tuk terus masuk dahla baru sampai..pelekat pun tak pakai lagi..masa tu rasa nak nangis je sebab nervous sangat.Aku cuba nak bukak pelekat tu tapi tak boleh.Macamana nak bukak pelekat tu kalau tangan dah terketar-ketar macam sakit parkinson je.Nasib ada Hana.Dialah yang tolong aku bukak kan pelekat tu.Masa itulah kitaorang start kenal.

Aku dipanggil oleh akak yang tugasnya memanggil yang menyuruh aku cepat untuk masuk interview.Masa aku jejakkan kaki ke dalam bilik interview tu,aku dapat rasakan suhu badan aku mencatat bacaan negatif.Badan dah sejuk gila sebab nervous ditambah lagi dengan suhu aircond.Fuuh rasa macam ada kat korea.Menyempat lagi feeling kat sana.Hahaha….Mula-mula rasa jugaklah awkward masa tengah interview tu,lama sikit da okey.Tapi tak dinafikan rasa nak nangis tu.Yelah kawan-kawan yang lain,orang yang interview tu Tanya solan then jawab settle la kan.Tapi bila aku jawab soalan yang ditanya tu,macam-macam soalan yang mendatang.Jawapan pun main redah je padanlah kenapa interviewer  tanya lebih kat aku..sobsobsob..Tapi ada jugak soalan yang dia tanya aku jawab maaf saya tak tahu.

Keluar je dari bilik tu perasaan aku dengan yakinnya cakap aku tak dapat ukm pastu cerita dekat ibu.Wajiblah lepas tu menadah telinga kena ceramah sebab tak yakin,berfikiran negatif,part ini ‘mulut ini nak kena cubit ke?kata-kata tu doa.cuba cakap dapat,dapat,dapat..Insyaallah dapat.Lepastu aku ulang 50 kali...hihihi..Then,keluar result interview ukm tu aku terus cek.Tak sangka gila aku dapat sana.hahaha..Berterima kasih gila kat ibu aku sebab bagi ceramah haritu..hahaahha…


Sekian,terima kasih.

$

Assalamualaikum..




Tajuk kali ini best gak sebab pasal duit..nampak tak  kat situ betapa materialistiknya aku..haahahaha..tapi betul aku cakap duit tu penting even nak makan pun pakai duit..kalau takda duit nanti nak makan apa?,,…Cuba kita fikir balik, tengok keadaan sekarang..Contohnya dalam kehidupan rumahtangga sekarang segala-galanya duit..Nak bayar bil utiliti,bil astro, internet , topup,yuran sekolah anak-anak,barang-barang keperluan,tol,minyak dan lain-lain lag.Kalau yang anak ramai tu cane????Lagilah banyak yang nak kena pakai duit tu.Contoh situasi lain pulak,korang boleh tengok kalau yang baru nak kahwin tu..1st soalan yang keluarga mertua akan tanya ialah kerja apa,gaji berapa…yelah mak bapak mana yang nak kasi anak kahwin dengan orang yang tak kerja, nanti camana nak sara isteri,nak bagi makan apa..Selain itu,kekangan wang jugak menjadi punca kenapa sesorang itu boleh terjebak dalam gejala masalah sosial.Memang tidak dapat dinafikan lagi wang itu penting.

Sebenarnya aku nak share atau lebih kepada nasihat (terutamanya kepada penaip blog ni)tentang bagaimana cara nak uruskan kewangan dengan baik atau cara untuk menyimpan wang.
Pertama sekali,korang kena listkan dulu bayaran tetap every month seperti bil utility,internet bulanan,topup,bil astro dan lain-lain.Tentukan anggaran nilai bayaran fix yang kita kena pakai untuk buat bayaran.

Kedua,korang perlu tetapkan simpanan yang korang nak buat setiap bulan.Korang boleh tentukan dalam bentuk peratus seperti 10% daripada gaji dikhaskan untuk membuat simpanan.Contoh gaji bulanan adalah RM1000,maka simpanan kita perlulah 10% x RM1000=RM100.Pelajar ipt yang mendapat biasiswa atau pinjaman juga boleh pakai cara ini.Jika pinjaman yang korang dapat tu lingkungan RM3000 setiap semester,simpanan haruslah menjadi RM300 setiap sem.Nanti lepas graduate korang still tak dapat kerja atau dah dapat kerja tapi duit gaji tak dapat lagi kerana baru memulakan karier ,duit simpanan ini lah yang boleh tolong korang untuk survive nanti.Duit raya yang korang dapat tu bolehlah di applykan jugak dengan menggunakan kaedah ini.

Ketiga,sediakan tabung syiling yang mana ianya adalah sangat-sangat penting.Kebiasaanya kalau aku  mendapat balance duit syiling,aku letak duit macam-macam tempat.Nanti nak ambik tak taw dah kat mana.hahahaha..Satu lagi perkara aku tak suka ialah purse aku berat.Terutamanya berat dengan duit syiling.Sebab tu la pentingnya aku cakap ada tabung syiling.Setiap kali tabung tu dah penuh bawak la jumpa bank untuk disimpan.Berbaloi gila.




p/s:Jangan jadi buta kerana duit,jangan menghambakan diri kerana duit,halal itu pentig.:)

Sunday, 22 November 2015

Emosi


Apa itu emosi?Emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks yang mempunyai interaksi antara subjektif dan objektif di mana sistem neural dan hormonal menjadi pengantarnya.Subjektif selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar manakala objektif ialah fakta atau situasi yang mempengaruhi sesuatu keputusan.









Setiap individu mempunyai emosi asas yang biasa kita lalui.Contohnya ialah perasaan gembira,simpati,malu,sedih,marah,takut,binggung dan lain-lain lagi.Emosi gembira ini  ialah perasaan seronok yang timbul disebabkan sesuatu perkara.Alangkah indahnya kalau hari-hari yang kita lalui itu adalah emosi gembira saja.Tapi,kalau tiada emosi lain dan emosi yang ada hanyalah emosi gembira tak syok jugak.Hari-hari asyik emosi sama saja nanti bosan pulak.Emosi marah pula ialah emosi yang hadir bersama perasaan yang lain kerana tertekan,kecewa,malu.Emosi sedih ini wujud apabila seseorang itu berhadapan dengan situasi menyedihkan,mengecewakan atau menyakitkan.


Setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai situasi yang berbeza dan juga mengalami pelbagai emosi yang berbeza.Kita perlulah bijak mengendalikan emosi kita dan meluahkan emosi kita melalui saluran yang betul supaya dapat memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Interview part 1


Kali ini aku nak cerita pasal kronologi masa interview kat Ukm ni dan macamana aku boleh jumpa kawan ...Masa samapai sana,orang 1st sekali aku kenal ialah Raihanah..kitaorang jumpa masa interview nak masuk ukm..cerita dia cam nie,,masa 1st sampai kt foyer fep tu aku pergi daftar ikut kos semua,diaorang suruh aku isi borang dan boleh ke bilik temuduga dekat bahagian atas..tapi aku degil duk lepak dekat foyer...suka hati je duk fikir ayat dekat situ...hahaha...pastu duk layan lepak sana sampai lupa nak gi gerak atas tuk interview...masa tu dah pukul 10.30 pagi dah kot, interview aku adalah pada masa itu...perasaan memang tak yah cakap la...cuak gila..iyelah takut terlepas aku punyer interview..jauh datang sesorang ke ukm nak gi interview...sebab sebelum datang nak gi interview ni,aku da study sikit-sikit pasal interview ni..pastu banyak yang aku bace interviewer ni dia garang,masa tu kena disiplin(tepat masa)..fikir pasal tu bertambahlah cuak aku..iyela syok sangat lepak kat bawah..nak gi bilik interview tu aku naik lif.nantikan sambungannya di next entry...

Saturday, 14 November 2015

Kata-kata

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak kupas sikit pasal mulut..kerana mulut badan binasa..kerana mulut juga ikatan persahabatan boleh rosak..kerana mulut ikatan kekeluargaan boleh terputus.kerana mulut........macam-macam lagi..Itulah sebelum cakap apa-apa fikir dulu sebelum ambil sebarang tindakan nanti menyesal kemudiannya.Kalau rasa nak marah ke apa tarik la nafas dalam-dalam,diam buat seketika untuk redakan kemarahan yang wujud tu.Cara lain jugak korang ikut sunnah yang menyuruh kita supaya mengambil wudhuk,jika masih marah duduk.Jika masih rasa nak marah lagi baring la.then tidur...kikiki....Tapi itulah kena pandai mengawal amarah kerana biasanya dalam keadaan marah emosi kita tak stabil,seterusnya membuat keputusan terburu-buru tanpa dapat berfikir secara rasional.
So,kawal la amarah tu agar perkara yang negatif tak datang menyusul anda..(anda brani??)


Sekian saja coretan gua yang ayat hancur tapi percayalah ianya pesanan ikhlas aku buat semua..:)

Sunday, 8 November 2015

Barakah


Assalamualaikum..


Image result for barakah



Barakah??Apa itu sebenarnya maksud ‘barakah’??Barakah adalah keberkatan dari segi bahasa.Manakala dari segi syarak pula adalah sesuatu kebajikan Allah yang diletakkan pada suatu,yang melibatkan nabi-nabi,wali-wali,orang soleh,orang yang mati syahid dan sebagainya.Dalam setiap apa tindakan yang kita lakukan akan mendapat barakah jika kita meletakkan Allah sebagai priority kita.Antara cara paling simple untuk mendapat barakah adalah dengan membaca doa sebelum dan selepas makan,membaca doa sebelum memakai pakaian agar pakaian yang dipakai memberi kebaikan.Hidup dengan penuh barakah akan membuatkan hidup lebih tenang dan aman.Cuba renungkan balik apa yang anda telah lakukan untuk mendapat barakahNya sama ada hidup penuh barakah,kurang barakah atau tiada barakah??Cuba refleksi balik diri sendiri di manakah tahap kita sekarang.Marilah kita bersama-sama berusaha mencari barakah Allah agar hidup lebih mendapat keberkatan.Sentiasalah berusaha mencari barakah Allah walau dimana-mana pun tahap kita berada.



Sekian,terima kasih.

Nafsu

Assalamualaikum..

Definisi nafsu ialah keinginan yang keras,kehendak hati yang kuat,kemahuan yang kuat dan dorongan hati.Kali aku nak kongsi pasal nafsu makan dan cara nak kawal nafsu makan yang terlebih-lebih ni.Tujuan aku membuat entry berkaitan nafsu makan adalah sebagai peringatan kepada aku sebenarnya kerana aku adalah seorang yang kuat makan.Ini adalah bagi mengelakkan aku daripada mengalami terlebihnya kolestrol,obesiti dan badan yang tidak sihat. Nanti rosak diet aku.Hahaha….(Biarpun diet aku sememangnya hancur dek kerana sikap aku yang tak berdisiplin).
Antara cara bagi mengurangi nafsu makan ialah:

     1)Mengatur portion makan
      Makluk yang macam aku suka ambil makan banyak haruslah mengurangkan portion makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi masih lagi mematuhi piramid makanan dan mengikut nisbah yang telah diberi panduan.Contohnya,kalau makan nasi perlulah mengikut sistem pinggan agar anda tidak akan terlebih mengambil karbohidrat ,lemak dan minyak serta tidak terkurang mengambil protein.

2)      Makan dengan perlahan-lahan beserta to’makninnah
Islam juga menyarankan kita makan dengan perlahan-lahan dengan mengunyah makanan 40 kali bagi setiap suapan. Ini kerana perut kita memerlukan masa lebih kurang dalam 30 minit bagi memastikan proses percernaan itu lengkap dengan sepenuhnya kemudiaan receptors di perut akan hantar isyarat ke otak sama ada kita kenyang atau masih lagi lapar.Jika makan dengan kadar yang cepat,kemungkinan kita akan terlebih makan dan ini akan menukarkan makanan yang kita makan itu kepada lemak.

3)      Sentiasa amalkan minum air kosong
Dengan mengamalkan minum air kosong pun dapatkan kurangkan berat badan!!Kenapa minum air kosong dapat turunkan berat badan??Menurut kajian university of Washington, amalan minum air kosong dapat membuatkan kita berasa lebih kenyang dan dapat menurunkan selera makan(nafsumakan) kepada beberapa tahap.

4)      Sentiasa amalkan minum air kosong
Contohnya jika anda makan sepinggan nasi tapi masih lagi berasa lapar,minum dulu segelas air kosong dan tunggu beberapa minit untuk menentukan sama ada anda berasa lapar atau haus.Ini kerana selepas kita makan kepekatan darah akan meningkat disebabkan oleh kehadiran glukosa dan asid amino dan ianya perlu dicairkan dengan minum air kosong.



Sekian..