Perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza,ada yang best,dan ada juga yang tak best.Kadang-kadang perjalanan itulah yang membentuk diri kita.Jangan jadikan alasan perjalanan hidup yang di lalui itu sebagai alasan,tetapi carilah cara bagaimana cara untuk atasi dan mengubahnya ke arah kebaikan.Aku
juga berusaha dan masih lagi berusaha untuk menjadi lebih baik daripada
sebelumnnya.Usah risau apa kata orang,aku je tahu apa yang aku buat dan aku
punya matlamat.Kalau dengar semua kata orang tu memang tak akan pernah berhenti
bercakap.Aku hanya memberi peringatan kepada diriku sendiri supaya lebih sedar
dan bangun dari mimpi yang indah kerana yang perlu aku hadap adalah realiti dan
bukanlah fantasi.
Monday, 21 December 2015
Epilog
Assalamualaikum..
Epilog ialah peristiwa terakhir yang menyelesaikan peristiwa
induk.Biasanya orang mengharapkan permulaan yang baik dan juga pengakhiran yang
baik.Tetapi tak semuanya yang bernasib baik dalam membolehkan pengakhirannya baik.Aku mengharapkan pengakhiran aku
baik,bahagia,indah seperti orang lain.Tetapi jika aku ditakdirkan pengakhiran
cerita aku adalah buruk, aku terima jika ia adalah yang terbaik buatku.Aku
yakin bahawa ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.
Selangkah kaki aku masuk ke pintu utama Ukm, aku telah
menanamkan hasrat dan niat untuk menyambung dalam bidang perakaunan tetapi
sepanjang perjalanan, aku tergelincir dan alpa menyebabkan sukar untuk aku
menyambung dalam bidang tersebut.Memang terasa sangat sedih,perit kerana impian
yang sudah aku tanam,kini aku terpaksa menguburkan hasrat dan cita-cita aku.Aku
masih berharap peluang dan ruang untuk membaikinya walaupun itu adalah hanya
angan-angan.Tapi sekiranya rezeki itu masih lagi berpihak kepada aku,aku tidak
akan sia-siakannya.Insyaallah.
Monday, 14 December 2015
Demo taekwando
Assalamualaikum..
Hari ni aku nak cerita pasal demo taekwando bagi subjek
citra asas taekwando.Hari ini juga adalah hari last aku bagi subjek citra.Sedih
tu terasa kerana aku dah mula suka taekwando ni. Masuk kelas ni aku dah lupa
penat kelas yng full dari pagi sampai petang.Memang lupa habis la so sesapa
yang nak hilangkan stress ke nak lupakan hal akademik buat sementara waktu
bolehlah join taekwando.Hahaha…promote..
Ini adalah group untuk demo taekwando aku.Diaorang banyak
tolong aku,ajar aku dan yang paling penting banyak bersabar dengan aku yang
agak lambat pick up untuk belajar teknik-teknik dan skill untuk demo.Kalau
bukan disebabkan kena buat demo untuk present aku tidak akan kenal dengan
diaorang.Walaupun satu kelas,aku tak pernah tahu atau perasan pun diaorang satu
set kelas dengan aku..hahaha..Aku memang teruk…
Ini pula adalah sebagai bukti bahawasanya aku dapat pecahkan
plank hanya dengan satu cubaan sahaja.Bangga dan terharu gila sebab tak sangka
dapat pecahkan papan.
Seterusnya,sesi bergambar dimulakan setelah tamat
presentation demo dan konklusi ringkas beserta ucapan akhir oleh master kami.
Thank you master,Thank you senior..
Sekian.terima kasih.
Sunday, 13 December 2015
Prolog
Assalamualaikum..
Prolog adalah permulaan bagi sesuatu cerita,drama,kisah.Prolog
yang biasa aku jumpa adalah di novel-novel yang berfungsi untuk menyampaikan serta
memberi gambaran secara jelas tentang sesuatu cerita atau kisahnya.
Tidak dinafikan realitinya prolog wujud dalam hidup aku,dan
kita semua.Prolog menceritakan permulaan kisah hidup aku bagaimana aku
memulakan kehidupan aku sebagai seorang pelajar di universiti.Adakah aku mampu
untuk hidup dan menyesuaikan diri dalam kehidupan yang lebih mencabar iaitu di
alam universiti?Adakah aku masih di takuk yang lama??Adakah aku mampu untuk
berjaya seperti orang lain?
Nantikan kisah aku selanjutnya sama ada aku mampu atau tidak
untuk mencapai perkara di atas.Adakah pengakhiran kisah hidup aku berakhir
dengan ‘happy ending’ atau sebaliknya??
Sekian,terima kasih.
Sunday, 6 December 2015
MyTeksi
Assalamualaikum pembaca blog sekalianJ..
Korang pernah dengar tak tentang applikasi ‘MyTeksi’?Korang
ada tak app ni??Kalau tiada,silalah download kt Google Play atau ITunes..Nanti
senang kalau korang nak pergi mana-mana..Contoh kalau kereta rosak nak gi kerja,then
takde orang boleh hantar, jadi masa nilah korang akan memerlukan MyTeksi
ni.Kalau saudara mara,nenek,mak,ayah nak gi sesuatu tempat tapi tiada siapa
yang boleh hantar,korang bolehlah booking MyTeksi ni kepada keluarga korang.Korang
boleh booking MyTeksi ni sambil makan pun boleh(nak bagitahunya apps ni simple
sangat-sangat).
1st sekali pastinya korang kena download apps
ni..Selepas dah siap download tu korang buka aplikasi tu,paparan yang akan
keluar nanti adalah seperti di bawah.
Aplikasi ni akan mengesan di mana lokasi kita berada pada
masa itu secara automatic sebaik saja aplikasi tersebut dibuka.Jika lokasi yang
dipaparkan adalah tidak tepat,korang hanya perlu tap dan edit kepada lokasi
yang tepat.Anda juga dapat melihat berapa banyak teksi yang berdekatan dengan
tempat anda yang menggunakkan aplikasi MyTeksi.
Kemudian,korang perlu pilih destinasi korang dengan tap
sahaja di bahagian destinasi dan tekan search lokasi yang ingn dituju.Korang
juga boleh melihat anggaran jumlah tambang yang perlu dibayar untuk perjalanan
korang nanti.
Korang juga perlu meletakkan landmark atau alamat rumah di
bahagian nota sebagai nota tambahan kepada pemandu teksi untuk mencari
anda.Kemudian,korang tekan Book Now,dan tunggu sahaja teksi dating kepada
korang.Jika berlaku kesilapan, korang boleh membatalkan tempahan dalam masa
yang ditetapkan.
Selepas korang dah tekan book now aplikasi ni akan cari
pemandu,dan tunggulah dalam ramai-ramai pemandu ni siapa yang akan ambil job
ni.
Nanti akan tertera nama pemandu,no plat,anggaran masa yang diambil oleh
pemandu teksi untuk sampai kat tempat yang korang tunggu.So,tunggu apa lagi jom join MyTeksi sesimple ABC.
Sekian,terima kasih.
Nak Elak Diabetes
Assalamualaikum..
Tema tajuk aku kali ini agak payahlah kerana aku kena pilih tajuk
berdasarkan huruf pangkal nama aku sendiri.Tetapi akhirnya aku dapat gak
tajuknya iaitu ‘Nak Elak Diabetes’.Aku selalu dengar,tengok drama pasal kaki kena potong akibat daripada
penyakit diabetes ini.Seram ,ngilu dan
semua rasa ada..tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat itu.
Penyakit diabetes ini adalah penyakit yang boleh
dikategorikan dengan keadaan hiperglisemia(tinggi kandungan glukosa dalam
darah)terutamanya selepas pengambilan makanan.Diabetes ini boleh dibahagikan
kepada dua iaitu diabetes jenis pertama dengan diabetes jenis kedua.Diabetes
jenis pertama adalah disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh
kelenjar pankreas.Pesakit insulin jenis pertama perlu mendapatkan suntikan
insulin dari luar untuk mengawal tahap glukosa dalam badan.Manakala diabetes
jenis kedua pula adalah disebabkan oleh kerintangan insulin(penurunan
sensitiviti tisu badan terhadap insulin @penghasilan insulin yang rendah oleh badan).Diabetes
jenis kedua pula boleh dikawal secara pemantauan pengambilan
makanan,pengurangan berat badan,bersenam,dan pengambilan ubat.
Teringat zaman sekolah dulu cikgu aku pesan supaya elakkan minum air manis bagi
mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti diabetes dan mengamalkan minum air
putih yang banyak barulah sihat .Disebabkan terlalu takut kaki kena potong dan
nak elakkan diabetes aku amalkan minum air putih saja dan cuba mengelakkan dari
minum air manis..Sampaikan adik aku mintak tolong buatkan air, aku aplikasikan
amalan ini dengan mengurangkan manis..Lepastu sumpah adik aku dah serik suruh
aku buatkan air untuk dia sampailah sekarang…hahaha..sampai nagis-nagis dia nak
mak aku buatkan..tak boleh blah langsung..Kalau gi kedai makan atau restoran
pun aku pasti akan order air swam je..Yelah serik la wei order air horlicks
kurang manis,tapi bagi macam letak satu tin susu pekat manis.Ayuhlah kita
bersama-sama amalkan gaya hidup yang
sihat demi mengurangkan peratusan menghidapi peyakit.
P/s:Kurangkan manis dalam makanan@minuman,banyakkan manis
dalam senyuman.
Cuti
Assalamualaikum..
Aku nak cerita pasal masa aku balik cuti midsem hari
tu..Pagi itu masa aku balik rumah tok aku tegur aku cakap aku makin
kurus.Bangga sekejap..Dia tanya aku tak makan ke?Takde duit nak makan ke?Makan
apa je dekat sane..Geli hati dengar..Sebab akulah orang yang selalu tak lekang
dengan makanan.Makan je memanjang.
Dah sampai rumah,mestilah aku makan makin banyak,habis aku
tibai.Mak aku masak sedap sangat.Takde siapa pun boleh lawan masakan mak aku..Kurus
aku sekejap saja tak boleh tahan lama langsung.
Selepas habis cuti midsem tu,,aku balik ukm.Kawan aku tegur
aku makin gemuk.Stress sangat rasa masa itu.(tak stress langsung pun
sebenarnya).Aku cuba ingat balik amalan pemakanan aku yang tidak sihat
tu.ishkishkshk..Tersentap kejap.Then,back to normal.
Sekian,terima kasih.
Subscribe to:
Comments (Atom)















