Perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza,ada yang best,dan ada juga yang tak best.Kadang-kadang perjalanan itulah yang membentuk diri kita.Jangan jadikan alasan perjalanan hidup yang di lalui itu sebagai alasan,tetapi carilah cara bagaimana cara untuk atasi dan mengubahnya ke arah kebaikan.Aku
juga berusaha dan masih lagi berusaha untuk menjadi lebih baik daripada
sebelumnnya.Usah risau apa kata orang,aku je tahu apa yang aku buat dan aku
punya matlamat.Kalau dengar semua kata orang tu memang tak akan pernah berhenti
bercakap.Aku hanya memberi peringatan kepada diriku sendiri supaya lebih sedar
dan bangun dari mimpi yang indah kerana yang perlu aku hadap adalah realiti dan
bukanlah fantasi.
Monday, 21 December 2015
Epilog
Assalamualaikum..
Epilog ialah peristiwa terakhir yang menyelesaikan peristiwa
induk.Biasanya orang mengharapkan permulaan yang baik dan juga pengakhiran yang
baik.Tetapi tak semuanya yang bernasib baik dalam membolehkan pengakhirannya baik.Aku mengharapkan pengakhiran aku
baik,bahagia,indah seperti orang lain.Tetapi jika aku ditakdirkan pengakhiran
cerita aku adalah buruk, aku terima jika ia adalah yang terbaik buatku.Aku
yakin bahawa ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.
Selangkah kaki aku masuk ke pintu utama Ukm, aku telah
menanamkan hasrat dan niat untuk menyambung dalam bidang perakaunan tetapi
sepanjang perjalanan, aku tergelincir dan alpa menyebabkan sukar untuk aku
menyambung dalam bidang tersebut.Memang terasa sangat sedih,perit kerana impian
yang sudah aku tanam,kini aku terpaksa menguburkan hasrat dan cita-cita aku.Aku
masih berharap peluang dan ruang untuk membaikinya walaupun itu adalah hanya
angan-angan.Tapi sekiranya rezeki itu masih lagi berpihak kepada aku,aku tidak
akan sia-siakannya.Insyaallah.
Monday, 14 December 2015
Demo taekwando
Assalamualaikum..
Hari ni aku nak cerita pasal demo taekwando bagi subjek
citra asas taekwando.Hari ini juga adalah hari last aku bagi subjek citra.Sedih
tu terasa kerana aku dah mula suka taekwando ni. Masuk kelas ni aku dah lupa
penat kelas yng full dari pagi sampai petang.Memang lupa habis la so sesapa
yang nak hilangkan stress ke nak lupakan hal akademik buat sementara waktu
bolehlah join taekwando.Hahaha…promote..
Ini adalah group untuk demo taekwando aku.Diaorang banyak
tolong aku,ajar aku dan yang paling penting banyak bersabar dengan aku yang
agak lambat pick up untuk belajar teknik-teknik dan skill untuk demo.Kalau
bukan disebabkan kena buat demo untuk present aku tidak akan kenal dengan
diaorang.Walaupun satu kelas,aku tak pernah tahu atau perasan pun diaorang satu
set kelas dengan aku..hahaha..Aku memang teruk…
Ini pula adalah sebagai bukti bahawasanya aku dapat pecahkan
plank hanya dengan satu cubaan sahaja.Bangga dan terharu gila sebab tak sangka
dapat pecahkan papan.
Seterusnya,sesi bergambar dimulakan setelah tamat
presentation demo dan konklusi ringkas beserta ucapan akhir oleh master kami.
Thank you master,Thank you senior..
Sekian.terima kasih.
Subscribe to:
Comments (Atom)





